Thursday 30 June 2011

SENARAI PENERIMA PEMBAYARAN BALIK MODAL


Tarikh : 21 HB JULY 2011
SALAM DARIPADA PENGARAH URUSAN AZZ MARKETING ENTERPRISE...
PENGUMUMAN!


SUKACITA DIMAKLUMKAN PEMBAYARAN BALIK MODAL PENUH PEMILIK PAKEJ AZZ MARKETING ENTERPRISE PERINGKAT PERTAMA KALI KE 2 ADALAH DARIPADA HASIL DANA PENDAHULUAN PENJUALAN KENDERAAN SUZUKI SWIFT. PEMEGANG NO. AHLI PEMILIK YANG MEMILIKI NO. FAIL KONTRAK SEPERTI DIDALAM JADUAL PEMBAYARAN BALIK MODAL DIBAWAH SILA DATANG KE PEJABAT AZZ MARKETING BERHAD DI TINGKAT 1, BANGUNAN SAPURA, KOTA BHARU PADA
30 JULAI 2011 (SABTU) UNTUK PENGAMBILAN BANK DRAF.

PEMBAYARAN BALIK MODAL PENUH PEMILIK PAKEJ AZZ MARKETING ENTERPRISE PERINGKAT PERTAMA KALI KE 3 AKAN DIBUAT SEBAIK SAHAJA WANG PENJUALAN KENDERAAN MITSUBISHI LANCER AZZ MARKETING ENTERPRISE DIPEROLEHI YANG DIJANGKAKAN PADA  BULAN OGOS 2011. TERIMA KASIH.

JADUAL PEMBAYARAN BALIK MODAL PENUH PEMILIK PAKEJ AZZ MARKETING ENTERPRISE PERINGKAT PERTAMA  KALI KE 2 MELALUI PEMBERIAN BANK DRAF

NO. KAD AHLI PEMILIK
NO. FAIL KONTRAK
AZZ15 0035
AZ15 0156


AZZ15 0392
AZ15 0253


AZZ15 0954
AZ15 1615


AZZ15 0981
AZ15 1465


AZZ15 0976
AZ15 1614


AZZ15 0926
AZ15 1272


AZZ15 0925
AZ15 1271


AZZ15 0918
AZ15 1263


AZZ15 0915
AZ15 1256


AZZ15 0914
AZ15 1255


AZZ15 0902
AZ15 1234


AZZ15 0866
AZ15 1353

PEMBAYARAN BESARAN AKAN DI BUAT SEBAIK PINJAMAN YANG DI POHON DARIPADA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DI PEROLEHI.
SEMOGA PEMILIK DAPAT BERSABAR DAN MENDOAKAN AGAR PERLAKSANAAN PROSES PEMBAYARAN BALIK MODAL DAPAT DI BUAT DENGAN LANCAR DAN SECEPAT MUNGKIN.

TARIKH : 30 HB JUN 2011

PENGUMUMAN!

SUKACITA DI MAKLUMKAN BAHAWA AZZ MARKETING ENTERPRISE TELAH BERSEDIA UNTUK MEMBAYAR BALIK MODAL PEMILIK SEPERTIMANA YANG TERTERA DI BAWAH:

PEMBAYARAN BALIK MODAL PENUH PEMILIK PAKEJ AZZ MARKETING ENTERPRISE PERINGKAT PERTAMA KALI PERTAMA HASIL KUTIPAN DANA PENDAHULUAN PENJUALAN KENDERAAN BACKHOE AZZ MARKETING ENTERPRISE. 

PEMEGANG NO. AHLI PEMILIK YANG MEMILIKI NO. FAIL KONTRAK SEPERTI DIDALAM JADUAL PEMBAYARAN BALIK MODAL DIBAWAH SILA DATANG KE PEJABAT AZZ MARKETING BERHAD DI TINGKAT 1, BANGUNAN SAPURA, KOTA BHARU PADA 9 HB JULAI 2011 ( SABTU ) UNTUK PENGAMBILAN BANK DRAF.

PEMBAYARAN BALIK MODAL PENUH PEMILIK PAKEJ AZZ MARKETING ENTERPRISE PERINGKAT KEDUA AKAN DIBUAT SEBAIK SAHAJA BAKI WANG PENJUALAN KENDERAAN BACKHOE, LANCER DAN SUZUKI SWIFT AZZ MARKETING ENTERPRISE DIPEROLEHI DISAMPING JUALAN ASET ASET LAIN YANG TELAH DISENARAIKAN. 


TENTU SEKALI PEMBAYARAN SECARA BESAR BESARAN AKAN DI BUAT BILA PERMOHONAN PINJAMAN  DI LULUSKAN.

HARAP PARA PEMILIK DAPAT BERSABAR DAN MENDOAKAN KELANCARAN PROSES PEMBAYARAN BALIK MODAL OLEH AZZ MARKETING ENTERPRISE.


TERIMA KASIH.

SENARAI PENERIMA PEMBAYARAN BALIK 
MODAL PENUH PEMILIK PAKEJ AZZ MARKETING ENTERPRISE PERINGKAT PERTAMA


NO. AHLI PEMILIK
NO. FAIL KONTRAK

AZZ15 0184
AZ15 0496
AZZ15 0952
AZ15 1420
AZZ15 0520
AZ15 1623
AZZ15 0980
AZ15 1464
AZZ15 0742
AZ15 1303
AZZ15 0949
AZ15 1407
AZZ15 1000
AZ15 1463
AZZ15 0982
AZ15 1466
AZZ15 0972
AZ15 1617
AZZ15 0785
AZ15 1149



Majlis Penerimaan Bank Draf pada 9hb July 2011 bertempat di Wisma Sapura, Kota Bharu oleh Wakil Pemilik En Sharuddin Mohd Noor




Monday 20 June 2011

JADUAL PEMBAYARAN BALIK MODAL PENUH PEMILIK PAKEJ

Pembayaran modal penuh semua pemilik pakej akan di pecahkan kepada beberapa peringkat. 


KEUTAMAAN pembayaran balik modal peringkat pertama akan di berikan kepada PEMILIK PAKEJ YANG BELUM PERNAH MENDAPAT HASIL**.


Pembayaran akan bermula sebaik sahaja pihak AZZ Marketing Enterprise berjaya: 


1.  Menjual salah satu daripada aset AZZ Marketing Enterprise ( sila lihat senarai aset yang boleh di jual ) atau 


2.  Melalui penjualan dan pembayaran unit penuh ( bukan daripada unit tawaran pembayaran 50 % ) Skim Raja Keli AZZ Marketing Bhd *** 
( ada sejumlah wang @ RM 1,160.00 yang akan di bayar kepada AZZ Marketing Enterprise untuk pembelian medium peliharaan ) atau


3.  Pinjaman bank yang sedang di pohon oleh AZZ Marketing Bhd mendapat kelulusan ****

dan TIDAK AKAN menunggu sehingga 30 hb Sept 2011 untuk membuat pembayaran modal pemilik pekej kerana bukan niat AZZ Marketing Enterprise untuk menyimpan duit yang di perolehi ( hasil daripada 3 aktiviti asas di atas ) dan melengah lengahkan pembayaran kepada pemilik

Buat masa ini pihak AZZ Marketing Enterprise BELUM lagi dapat membuat pembayaran balik modal. AZZ Marketing Enterprise akan berusaha sedaya upaya untuk membuat bayaran ini secepat mungkin. Di harap pemilik dapat bersabar dan mendoakan kelancaran pembayaran balik ini.

Sekian di maklumkan

Drp CEO AZZ Marketing Enterprise

** Maksud nya bermula dengan pemilik yang PALING LEWAT menyertai AZZ Marketing Enterprise dan TIDAK PERNAH membuat pembelian pakej sebelum itu. Mereka juga TIDAK PERNAH mendapat sebarang hasil dari AZZ Marketing Enterprise ( bermula dengan no ahli AZZ 15 xxxx serta no kontrak AZZ 15 xxxx kemudian no ahli AZZ 14 xxxx serta no kontrak AZZ 15 xxxx kemudian no ahli AZZ 13 xxxx serta no kontrak AZZ 15 xxxx dan seterusnya sehingga selesai no kontrak AZZ 15xxxx. Kemudian akan di ikuti no ahli AZZ 14 xxxx serta no kontrak AZZ 14 xxxx diikuti AZZ 13 dan no kontrak AZZ 14 xxxx seterus nya AZZ 12 xxxx dan no kontrak AZZ 14 xxxx sehingga selesai )

Mereka yang top up atau yang menukar pakej dari 4 bulan kepada 3 bulan adalah di kira pemilik lama ( Nombor kad pemilik lama akan di ambil kira )

*** Pembayaran unit penuh bermaksud pembeli unit Skim Raja Keli AZZ Marketing Bhd membayar RM 1,600.00 kepada AZZ Marketing Bhd dan bukan nya membayar
RM 800.00 manakala baki RM 800.00 di tampung oleh AZZ Marketing Enterprise dengan cara memotong nilai modal asal pemilik di dalam AZZ Marketing Enterprise ( lihat ' Tawaran Menarik ' )

***** AZZ Marketing Enterprise telah membuat pemindahan milik aset kepada AZZ Marketing Bhd ( lihat senarai aset yg di pindah milik ) secara KREDIT. Maka dengan ini pihak AZZ Marketing Bhd telah memohon  pinjaman untuk menjelaskan nilai aset yang telah di pindahmilik ini kepada AZZ Marketing Enterprise supaya pihak AZZ Marketing Enterprise dapat membayar balik modal pemilik pakej keli AZZ Marketing Enterprise.

STATUS WANG TUNAI DAN BANK ~ AZZ MARKETING ENTERPRISE

Salam....

Untuk pengtahuan pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise akaun bank AZZ Marketing Enterprise tidak lagi di gunakan. Oleh yang demikian semua wang tunai telah di pindahkan keakaun AZZ Marketing Bhd dan wang tersebut di gunakan untuk membayar overhead syarikat setiap bulan seperti:

1  Gaji pekerja
2  Sewa
3  Perbelanjaan pejabat dan pengurusan syarikat
4  Bil elektrik dan Air semua tapak projek
5  Kos pengurusan kilang dan Lain2 perbelanjaan perlu.

Dengan sebab2 di atas wang tersebut TIDAK BOLEH di gunakan untuk membayar modal pemilik pakej kerana AZZ Marketing Enterprise dan AZZ Marketing Bhd masih lagi beroperasi iaitu TIDAK MUFLIS
Namun begitu pihak AZZ Marketing Enterprise sedang berusaha untuk mengurangkan kos overhead syarikat dengan cara seperti:

1  Mengurangkan bilangan pekerja
2  Penutupan Pejabat utama AZZ Marketing Enterprise di Bunut susu ( kos operasi terlampau tinggi )
3  Penjimatan keatas penggunaan elektrik di tapak ternakan dan di kilang. Tapak ternakan tidak dapat di tutup sekarang selagi tiada pembeli mengambilalih.
4  Penjimatan keatas kos kawalan keselamatan Pengarah Urusan dimana ia hanya akan di bayar untuk kegunaan pada majlis2 tertentu sahaja dan tidak di bayar secara bulanan.
5  Lain2 penjimatan kos yang sesuai

Penjimatan keatas kos overhead bulanan ini bertujuan untuk membolehkan lebihan wang tersebut di gunakan sebagai salah satu cara untuk menampung pembayaran balik modal pemilik pakej.
Status tunai di bank tidak dapat di nyatakan buat masa sekarang kerana nilaian nya sentiasa berubah mengikut perbelanjaan syarikat manakala penyata akaun AZZ Marketing Bhd hanya akan di keluarkan selepas tahun kewangan berakhir pada 31hb Dec 2011.

Tujuan perkara di atas dimaklumkan supaya pemilik pakej sedar bahawa AZZ Marketing Enterprise tidak boleh membuat pembayaran balik modal selagi aset AZZ Marketing Enterprise tidak dapat di jual dan kelulusan pinjaman bank tidak di perolehi walaupun syarikat mempunyai sedikit simpanan wang didalam akaun bank AZZ Marketing Bhd kerana wang tersebut perlu digunakan untuk menampung kos overhead bulanan syarikat.

Pihak AZZ Marketing Enterprise juga tidak akan mendapatkan perintah mahkamah untuk penutupan syarikat kerana pihak AZZ Marketing Enterprise ingin membayar balik  modal penuh kepada pemilik pakej. Tindakan  di mahkamah hanya akan merugikan pemilik pakej kerana pemilik pakej hanya akan di bayar jumlah kerugian keatas modal yang di alami selepas di tolak terlebih dahulu dengan semua hasil yang telah di perolehi berdasarkan kes tuntutan hutang di mahkamah ( sepertimana yang telah di alami oleh syarikat2 lain yang mengamalkan sistem skim yang telah di arahkan tutup @ di bekukan oleh kerajaan ) dan ini juga akan memakan masa dan kos guaman yang tinggi untuk di selesaikan.

Kerjasama daripada semua pemilik pakej dapat membantu AZZ Marketing Enterprise membayar modal penuh pemilik pakej secepat mungkin dan dapat memastikan pemilik pakej tidak mengalami kerugian keatas modal pelaburan.

Sunday 19 June 2011

KENYATAAN POLIS KELANTAN

Berikut ada lah kenyatan daripada Pegawai Polis Kelantan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil berdasarkan perjumpaan dengan wakil AZZ Marketing Enterprise pada 16hb June 2011 di IPK Kelantan.

Pihak polis Kelantan membenarkan AZZ Marketing Enterprise menyelesaikan masaalah melibatkan pemilik pakej sepertimana yang di persetujui semasa perjumpaan antara Pengarah Urusan AZZ Marketing Enterprise bersama pemilik pakej di Hotel New Pacific pada 4hb June 2011. Pada pertemuan tersebut pihak AZZ Marketing Enterprise telah memberikan salinan surat perjanjian yang di tandatangani pada 4hb June 2011 dan prospektus Skim Raja Keli AZZ Marketing Bhd untuk simpanan dan rujukan pihak polis Kelantan.

Perjumpaan ini di buat bagi menerangkan secara terperinci masaalah yang berlaku keatas AZZ Marketing Enterprise dan persetujuan yang telah di capai berdasarkan perjumpaan pada 4hb June 2011. Ia nya juga untuk melengkapkan keterangan keatas siasatan polis hasil daripada laporan yang di buat oleh pemilik pakej keatas AZZ Marketing Enterprise.

Sekian di maklumkan

LAPORAN AKHBAR DAN LAMAN WEB SSM

Salam semua...

Berikut di siarkan laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai Skim Raja Keli anjuran AZZ Marketing Bhd

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_06.htm

dan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_07.htm


Berikut adalah laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia  mengenai syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia berkaitan dengan lesen Skim Kepentingan.

Skim Raja Keli berada di dalam kategori KONGSITANI


SILA KLIK:

http://www.ssm.com.my/media/perkhidmatan/SenaraiSkimKepentingan.pdf

PEMEGANG AMANAH

MyPremier Trustee Bhd telah di lantik oleh AZZ MARKETING BHD untuk menjadi pemegang amanah bagi Skim Raja Keli anjuran AZZ Marketing Bhd . Tujuan perlantikan ini adalah untuk memastikan pelaburan yang di buat di dalam AZZ Marketing Bhd di lindungi . 10 % DARIPADA NILAIAN PAKEJ SKIM RAJA KELI 
( RM 160.00 ) AKAN DI SALURKAN KEDALAM AKAUN 
MYPREMIER TRUSTEE BHD.



Untuk keterangan lanjut sila klik link dibawah:





2
June 15, 2011

PENGUMUMAN: SKIM "RAJA KELI"

Adalah dimaklumkan bahawa MY Premier Trustee (Malaysia) Berhad telah dilantik sebagai Pemegang Amanah oleh AZZ MARKETING BERHAD bagi tujuanSkim "Raja Keli" yang telah diberi kelulusan di bawah Prospektus yang bertarikh 06 May, 2011.
Kami juga ingin memaklumkan bahawa KAMI BUKAN Pemegang Amanah bagi produk AZZ MARKETING ENTERPRISE yang merupakan entiti yang berbeza. Ia juga, tidak merupakan skim yang berdaftar dan tidak mempunyai kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Oleh demikian, kami tidak mempunyai bidang kuasa atau bertanggungjawab terhadap pemilik pakej AZZ MARKETING ENTERPRISE.
Walau bagaimanapun, pemilik-pemilik pakej AZZ MARKETING ENTERPRISE boleh mengunjungi laman web di bawah untuk mendapatkan maklumat selanjutnya:
Kesatuan Pemilik Pakej AZZ Marketing Enterprise (http://www.kppazzmarketing.blogspot.com)
PENGUMUMAN INI DI BUAT OLEH MyPremier Trustee di laman web dibawah:



Kenyataan daripada Bank Negara Dan Tribunal Pengguna berkenaan AZZ Marketing Enterprise


KENYATAAN BANK NEGARA MALAYSIA


Kami ingin memaklumkan bahawa syarikat AZZ Marketing bukanlah sebuah syarikat di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia tetapi di bawah pengawalseliaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tuan adalah dinasihatkan untuk membuat pertanyaan mengenai AZZ Marketing ke pihak SSM. SSM boleh dihubungi di alamat berikut:-
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Menara SSM @ Sentral
No. 7, Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur.
Tel : 03-22994400
Hotline : 03-22995500
Sumber maklumat melalui maklumbalas email daripada Pegawai Bank Negara Malaysia bertarikh 1 Jun 2011.


KENYATAAN TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

Secara umumnya, pengguna yang tidak berpuas hati dengan pembekal barangan atau perkhidmatan boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna. Walaubagaimana pun dalam Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599]; " pengguna" ditakrifkan sebagai seorang yang memperoleh atau menggunakan barangan atau perkhidmatan bagi maksud kegunaan sendiri, keluarga atau rumah tangga. dan "barang" pula ditafsirkan antara lain tidak termasuk syer, debentur dan wang .

3. Sehubungan dengan itu, berdasarkan produk pelaburan dalam AZZ Marketing  adalah termasuk di bawah syer, debentur dan wang dan ianya bukan dibawah bidangkuasa Tribunal.

Sukacita jika tuan ada apa-apa pertanyaan , sila hubungi saya ditalian d/l 09 7416068 atau main line 09 7416000.
FAKHARIAH BT HAMZAH 
Penolong Setiausaha
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
Kelantan.
fakhariah@kpdnkk.gov.my
Sumber maklumat melalui maklumbalas email daripada Pegawai Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia bertarikh 1 Jun 2011.





Video menunjukkan aktiviti mengred ikan keli oleh pekerja AZZ Marketing Bhd di Tapak Penternakan Banggol Petaling, Pasir Mas




Terima Kasih

Saturday 18 June 2011

TRANSFOMASI AZZ MARKETING BHD ~ Perkembangan dan penambahan modal

Untuk makluman semua pemilik AZZ Marketing Enterprise....

Nilaian kasar unit saham AZZ marketing Bhd semasa ditubuhkan adalah sebanyak 1 juta saham yang bernilai RM 1 sesaham. Dengan itu nilai nya adalah RM 1 Juta.

Nilaian kasar unit saham AZZ Marketing Bhd sekarang selepas pengambialihan aset AZZ Marketing Enterprise dan kelulusan pendaftaran Skim Raja Keli dan Skim Raja Talapia ( di dalam proses kelulusan ) akan meningkat melebihi 50 juta saham bernilai RM 1 sesaham.

Peningkatan ini di sebabkan oleh 3 perkara pokok:

1  Nilaian aset yang di pindah milik daripada AZZ Marketing Enterprise kepada AZZ Marketing Bhd adalah melebihi RM 30 Juta


2  Nilaian Skim Raja Keli berdasarkan Surat Ikatan Amanah adalah RM 32 Juta 
( RM 16 Juta setiap 2 tahun )


3  Nilaian Skim Raja Talapia berdasarkan tempoh skim yang di daftarkan iaitu 20 tahun adalah RM 480 Juta
( RM 48 Juta setiap 2 tahun ).

Tujuan maklumat ini di berikan adalah kerana untuk memaklumkan kepada pemilik AZZ Marketing Enterprise bahawa mereka tidak perlu gusar tentang modal mereka ( walaupun masih belum di bayar oleh pihak pengurusan ). Pihak pengurusan tetap akan melangsaikan modal pemilik walaupun proses ini memakan masa.

Terima Kasih

Friday 17 June 2011

SOALAN2 YANG LAZIM DI TANYA.

1  Apakah status AZZ Marketing Enterprise pada masa sekarang ?

Sehubungan dengan pemberian lesen Skim Kepentingan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia kepada AZZ Marketing Bhd maka pihak Suruhanjaya telah mengarahkan supaya AZZ Marketing Enterprise di bubarkan dan SEMUA kontrak yang ditandatangi diantara pemilik dan AZZ Marketing Enterprise sebelum ini di TAMATKAN DAN DI BATALKAN SEBELUM 30HB SEPT 2011. Penamatan kontrak telah di umumkan secara rasmi oleh En Abdul Khairil Ridzuan Firdaus selaku CEO AZZ Marketing Enterprise pada majlis perjumpaan dengan pemilik pada 4hb June 2011 bertempat di Ballroom Hotel New Pacific, Kota Bharu.

2  Bagaimana kedudukan modal dan hasil pemilik AZZ Marketing Enterprise ?

Oleh kerana kontrak diantara AZZ Marketing Enterprise dengan Pemilik telah di tamatkan maka pihak AZZ Marketing Enterprise telah memutuskan untuk membayar balik modal asal pemilik ( sebanyak 100% ) dan pihak AZZ Marketing Enterprise TIDAK LAGI AKAN MEMBAYAR SEMUA HASIL TERTUNGGAK ATAU HASIL AKAN DATANG kepada pemilik.
Hasil yang pemilik telah perolehi pada masa lalu TIDAK akan di potong daripada jumlah modal pemilik. Itu di kira REZEKI atau keuntungan pemilik.

3  Bagaimana modal akan di bayar dan bila?

Oleh kerana pemilik telah membeli pakej perternakan ikan keli daripada AZZ Marketing Enterprise iaitu merangkumi pembelian medium peliharaan ( sangkar, pukat, tong, kolam ) maka pihak AZZ Marketing telah menggunakan wang pembelian pakej untuk menyediakan medium peliharaan tersebut.Untuk membayar balik modal pemilik maka aset2 ini hendaklah di jual terlebih dahulu. Seandainya pihak pemilik mahukan kembali aset mereka ( yang berada di dalam bentuk sangkar, tong, pukat dsbnya ) maka itu adalah hak pemilik untuk berbuat demikian. Pihak AZZ Marketing Enterprise pula terpaksa menjual aset2 tersebut untuk mendapatkan kembali duit pemilik ( untuk di agihkan kembali kepada pemilik ) dan untuk mendapatkan harga terbaik bagi penjualan tersebut hanyalah melalui penjualan kepada AZZ Marketing Bhd.

AZZ Marketing Bhd telah mendapat kelulusan SSM untuk menjual pakej Skim Raja Keli dan untuk setiap unit pakej ( bernilai RM 1,600.00 ) telah ada peruntukan sebanyak RM 1,160 untuk kos pembelian medium peliharaan ikan keli di mana wang ini akan di bayar kepada AZZ Marketing Enterprise. Daripada pengumpulan dana ini maka AZZ Marketing Enterprise akan mengagihkan nya kepada pemilik dalam bentuk pembayaran balik modal. Akibat dari penjualan aset yang tidak dapat di lakukan secara sekali gus ( AZZ Marketing Bhd tidak dapat menjual pakej Skim Ikan Keli secara sekaligus ) maka pengagihan modal kepada pemilik pakej AZZ Marketing terpaksa di buat secara berperingkat.

Selain daripada cara di atas pihak AZZ Marketing Enterprise juga akan membuat penjualan aset dan gadaian aset untuk mendapat pinjaman daripada pihak bank .

Bila modal pemilik dapat di berikan adalah BERGANTUNG KEPADA PERKARA2 YANG TELAH DI SEBUTKAN DI ATAS. Semestinya ia akan mengambil masa kerana proses tersebut tidak boleh di buat dalam jangkawaktu yang singkat. Yang penting di sini pihak AZZ Marketing Enterprise TETAP AKAN MEMBAYAR BALIK MODAL PEMILIK WALAUPUN TERPAKSA MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK DI SELESAIKAN BAK KATA ULAMA HUTANG WAJIB DI BAYAR WALAUPUN TIDAK DI TUNTUT.


4  Bagaimana Kesinambungan perniagaan AZZ Marketing Sekarang ini ?

AZZ Marketing sekarang beroperasi di atas kapasiti AZZ Marketing Bhd yang mempunyai pejabat berdaftar di Tingkat 1, Wisma Sapura, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu Kelantan.

Syarikat ini di miliki oleh 2 orang Pengarah iaitu En Abdul Khairil Ridzuan Firdaus ( 90 % ) dan En Ab khairul Hisham Firdaus ( 10 % ) dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta. AZZ Marketing Bhd telah di beri lesen di bawah Skim Kepentingan untuk menjual pakej Skim Raja Keli kepada orang ramai. Kawasan penternakan ikan adalah seluas 10 ekar di Pasir Mas ( boleh lihat prospektus di dalam http://www.azz4u.com utk details ) dan jumlah pakej yang boleh di tawarkan adalah sebanyak 7,000 unit pakej dengan harga setiap unit RM 1,600.00.

Pihak pengurusan AZZ Marketing Bhd juga telah mengemukan permohonan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menganjurkan Skim Raja Talapia di tapak seluas 10.5 ekar di Perak ( Sila lihat surat permohonan yang di serahkan kepada SSM di http://www.azz4u.com ) Akan ada banyak lagi Skim yang akan di perkenalkan oleh AZZ Marketing Bhd pada masa akan datang. Kedudukan AZZ Marketing Bhd adalah stabil dan tidak ada apa2 yang perlu digusarkan.


5  Apa yang pemilik harus lakukan untuk pakej lama ?

Ramai pemilik yang agak kelam kabut bila AZZ Marketing Enterprise di landa badai. Tambah2 lagi banyak propanganda dan hasutan serta finah yang sengaja di lemparkan oleh orang2 yang amat tidak bertanggung jawab di dalam laman web Facebook, forum, topix dan blog2 persendirian.

Ingin saya nyatakan disini bahawa kenyataan dan fakta yang di muatkan di dalam  blog rasmi ini sahaja yang pemilik perlu ambil perhatian dan tindakan.

Apa yang berlaku kepada AZZ Marketing Enterprise sebenarnya hanyalah kerana pihak pengurusan AZZ Marketing Enterprise akur kepada kehendak undang2 kerajaan Malaysia yang memberi kuasa kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mengendalikan nya. Ini terpaksa di buat kerana pihak pengurusan ingin menjadikan perniagaan skim raja keli dapat terus bertapak di persada perniagaan keli untuk waktu yang selama mungkin tanpa ada ganggu gugat daripada pihak berkuasa. Jadi cara nya hanyalah dengan memohon lesen di bawah skim kepentingan SSM. Bagi SSM hanya syarikat bertaraf BERHAD sahaja yang layak di pertimbangkan lesen tersebut. Tidak ada sebab kenapa Suruhanjaya Syarikat Malaysia ingin membenarkan AZZ Marketing Enterprise ( Syarikat milik persendirian ) terus menjalankan perniagaan kerana lesen telah di berikan ( dan di luluskan ) kepada AZZ Marketing Bhd.

Dengan keadaan ini maka AZZ Marketing Enterprise diarahkan di tutup oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan semua kontrak secara otomatik terpaksa di batalkan.

Sebagai imbuhan pihak AZZ Marketing Enterprise akan memulangkan balik 100 % modal pemilik lama ( AZZ Marketing Enterprise ) tetapi pengumpulan balik modal pemilik akan mengambil masa dan kos.

Pemilik lama tidak perlu bimbang berkenaan dengan status modal mereka di dalam AZZ Marketing Enterprise kerana semua data pemilik bersama2 dengan jumlah modal ada tersimpan rapi di dalam sistem komputer di AZZ Marketing Enterprise. Para pemilik tidak perlu datang ke pejabat untuk membuat semakan dsb nya kalau pemilik tidak berkesempatan untuk berbuat demikian kecuali lah jika pemilik lama ingin mengambil borang permohonan untuk pembelian pakej BHD . Pihak AZZ Marketing Enterprise akan menghubungi mereka bila sampai masa mereka di bayar balik modal oleh pihak pengurusan.

Pemilik lama juga di nasihatkan agar tidak membuat sebaran berita negatif , membangkitkan isu2 sensitif , mengadakan perhimpunan haram , melakukan aktiviti ugutan dan mengganggu urusan pejabat dan kakitangan AZZ Marketing Enterprise. Semua ini akan menjejaskan segala perancangan pihak pengurusan AZZ untuk membayar balik modal pemilik secara teratur dan tersusun mengikut UNDANG-UNDANG.
Ingin dinyatakan di sini bahawa apa yang AZZ Marketing Enterprise lakukan setakad ini adalah BERLANDASKAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA .




6  Saya adalah pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise. Saya bercadang hendak membeli pakej AZZ Marketing Bhd yang berharga RM1,600 seunit.  Boleh kah saya tukar pakej lama saya tanpa membayar duit kepada 
AZZ Marketing Bhd ?

Harga pakej AZZ Marketing Bhd ialah sebanyak RM 1,600 seunit merangkumi:

Kos Tempat pemeliharaan ikan untuk 2 tahun 
( Sangkar, pukat, tong, kolam dsb nya )                                       RM 1,160.00
Kos untuk 800 ekor benih keli separa matang                             RM      80.00
Kos makanan ikan bagi satu pusingan                                         RM     200.00
Bayaran kepada Pemegang Amanah ( Dana Terikat )                RM    160.00 ( 10 % )

Oleh kerana pihak AZZ Marketing Bhd terpaksa menyediakan wang untuk membayar kos benih, makanan ikan, bayaran kepada pemegang amanah dan kos operasi AZZ Marketing Bhd maka pihak syarikat tidak dapat menukar pakej lama kepada pakej Bhd tanpa bayaran. Pemilik lama hanya perlu membayar RM 800 kepada AZZ Marketing Bhd manakala baki RM 800 akan di tolak daripada modal asal pemilik ( pakej AZZ Marketing Enterprise ). Pemilik pakej Bhd akan menikmati hasil setiap 3 bulan dari tarikh pengesahan pembelian pakej selama 8 pusingan ( 2 tahun )