Friday, 30 September 2011

STATUS TERKINI PINJAMAN YANG DI TELAH DIPOHON OLEH AZZ MARKETING BHD

9 HB OCT 2011

FAKTA MENGENAI PINJAMAN YANG DIPOHON OLEH PENGARAH URUSAN AZZ MARKETING ENTERPRISE UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN.



1)      PINJAMAN YANG DIPOHON ADALAH DIATAS NAMA AZZ MARKETING BERHAD.



2)    PINJAMAN YANG DIPOHON MELALUI PINJAMAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA.





3)      TUJUAN PINJAMAN ADALAH UNTUK AZZ MARKETING BERHAD MEMBIAYAI PEMBELIAN KELENGKAPAN TERNAKAN IKAN TILAPIA BAGI SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA DI BERUAS, PERAK. KELENGKAPAN TERNAKAN TERSEBUT AKAN DIBELI DARIPADA AZZ MARKETING ENTERPRISE YANG MANA KELENGKAPAN TERNAKAN DAN MEDIUM PELIHARAAN AKAN DIAMBIL DARIPADA TAPAK TERNAKAN IKAN KELI AZZ MARKETING ENTERPRISE YANG TELAH DITAMATKAN.



4)      PIHAK AZZ MARKETING BERHAD TIDAK MEMOHON PINJAMAN DARIPADA AGRO BANK. AGRO BANK HANYA DILANTIK OLEH KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA UNTUK MENILAI KERTAS KERJA PINJAMAN AZZ MARKETING BERHAD SEBELUM LAPORAN LENGKAP DIHANTAR OLEH AGRO BANK KEPADA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA UNTUK DIPUTUSKAN KELULUSAN PINJAMAN YANG DIPOHON OLEH JAWATANKUASA PINJAMAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA. 



5)      KELULUSAN SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA YANG SEDANG DIPROSES PENDAFTARAN OLEH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA AKAN MEMBANTU MEMUDAHKAN DAN MENPERCEPATKAN KELULUSAN PINJAMAN DIBERIKAN.

30HB SEPT 2011

SALINAN SURAT STATUS TERKINI PPROJEK SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA YANG DIHANTAR KEPADA AGRO BANK YANG MERUPAKAN PANEL PENILAI KEPADA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA PADA 30 SEPTEMBER 2011.
 
TUJUAN SURAT INI DIHANTAR ADALAH UNTUK MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK AGRO BANK MENGENAI PERKEMBANGAN TERKINI PENDAFTARAN SKIM RAJA TILAPIA DI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA  DAN MEMBANTU MEMUDAHKAN PROSES PENILAIAN PINJAMAN.
SEBAIK KEMUDAHAN PINJAMAN DILULUSKAN KELAK, AZZ MARKETING BERHAD AKAN MENGGUNAKAN DANA TERSEBUT UNTUK MEMBIAYAI KERJA-KERJA AWAL MENYIAPKAN TAPAK DAN MEMBELI KELENGKAPAN DAN MEDIUM PEMELIHARAAN IKAN DARIPADA AZZ MARKETING ENTERPRISE (KELENGKAPAN DAN MEDIUM PELIHARAAN IKAN AKAN DIAMBIL DARIPADA TAPAK TERNAKAN IKAN KELI AZZ MARKETING ENTERPRISE YANG TELAH DITAMATKAN) UNTUK DIPASANG DAN DIGUNAKAN DI TAPAK TERNAKAN IKAN TILAPIA BAGI SKIM RAJA TILAPIA TERSEBUT.
PIHAK AZZ MARKETING ENTERPRISE AKAN MEMBAYAR BALIK KEPADA PEMILIK PAKEJ YANG MERUPAKAN PEMILIK ASAL KEPADA KELENGKAPAN DAN MEDIUM PEMELIHARAAN IKAN TERSEBUT SELEPAS PEMBAYARAN DILAKUKAN OLEH PIHAK AZZ MARKETING BERHAD.

MUKA SURAT PERTAMA



MUKA SURAT KE DUA