Sunday 16 December 2012

Untuk Makluman Ahli Skim Raja Keli dan Ahli Skim Raja Tilapia

Status Pejabat Berdaftar

Buat masa ini pejabat berdaftar AZZ Marketing Berhad di Tingkat 1, Bangunan Sapura, KB terpaksa ditutup atas sebab keselamatan. Pembukaan kembali pejabat berdaftar dijangkakan di buat selepas mesyuarat ahli Skim Raja Keli dan mesyuarat ahli Skim Raja Tilapia selesai dilakukan dan mendapat keputusan kelak. 

Status Mesyuarat Ahli Skim

Tarikh mesyuarat dan lokasi meyuarat diadakan akan ditetapkan oleh pihak My Premier Trustee (M) Berhad (dijangkakan tarikh mesyuarat pada awal Januari 2013). Pihak AZZ sentiasa berhubung dan memberi kerjasama sewajarnya kepada pihak My Premier Trustee (M) Berhad. Pihak AZZ telah menghantar surat rasmi kepada Pihak My Premier Trustee (M) Berhad untuk memanggil/mengadakan mesyuarat ahli Skim Raja Keli dan mesyuarat ahli Skim Raja Tilapia untuk mendapatkan resolusi ahli skim mengenai status skim-skim berkenaan samada distrukturkan atau digulungkan dan telah mencadangkan supaya Mesyuarat ahli Skim diadakan pada satu tarikh yang sama bagi kedua-dua skim berkenaan. 

Status Data

Semua data-data penting serta resit dan borang juga masih disimpan dengan baik oleh pihak AZZ.

Status Buku Daftar Ahli Skim

Buku daftar ahli Skim Raja Keli dan buku daftar Ahli Skim Raja Tilapia yang terkini telah dihantar kepada pihak My Premier Trustee (M) Berhad dan akan dipamerkan juga di wall fb AZZ Marketing Berhad untuk semakan ahli skim. 

Status Tapak Ternakan

Tapak Skim Raja Keli dan Tapak Skim Raja Tilapia masih lagi dijaga oleh staf AZZ (bahagian keselamatan sahaja).

Cadangan Penstrukturan Semula (melibatkan kedua-dua Skim Raja Keli dan Skim Raja Tilapia)

Pihak AZZ melalui En. Abdul Khairil Ridzuan Firdaus B. Abdul Rahim telah merangka kertas kerja penstrukturan semula untuk dinilai/diberi cadangan awal oleh beberapa ahli skim bagi memastikan kertas kerja cadangan tersebut adalah menepati ciri-ciri yang dikehendaki dari sudut pandangan ahli skim sebelum kertas kerja berkenaan dibentangkan secara rasmi oleh pihak AZZ di dalam mesyuarat ahli skim kelak. Adalah diingatkan ahli skim yang mempunyai kata putus 100% keatas status skim dan masa depan syarikat dimana resolusi ahli skim yang diperoleh daripada undian majoriti dalam mesyuarat ahli skim nanti mesti dipatuhi oleh AZZ selaku syarikat pengurusan, pihak Trustee dan juga SSM.

Penglibatan Langsung Ahli Skim

Pihak AZZ juga mengalu-alukan penglibatan secara langsung ahli skim bagi memantau dan menguruskan perjalanan pengurusan/pentadbiran AZZ Marketing Berhad melalui pembentukan AJK ahli Skim dan perlantikan ahli Lembaga Pengarah AZZ Marketing Berhad baru yang terdiri daripada ahli-ahli skim yang layak sekiranya dipersetujui oleh ahli skim dalam mesyuarat ahli skim kelak. Ini kerana masalah yang berlaku kini adalah 100% disebabkan kelemahan pengurusan AZZ Marketing Berhad sedia ada. 
Ada lah di umumkan juga semua staff AZZ Marketing Bhd di Pejabat Berdaftar, Kota Bharu termasuk Pegawai Pemasaran En Abdul Rahim  telah berhenti bekerja dengan AZZ Marketing Bhd mulai 1hb Dec 2012. Dengan itu mereka2 ini tidak lagi berhak untuk mewakili syarikat di dalam apa jua urusan berkenaan dengan AZZ Marketing Bhd. 

Permohonan Maaf

Pihak AZZ Marketing Berhad memohon jutaan kemaafan diatas kesulitan dan masalah yang berlaku. Diharap keputusan/resolusi ahli skim yang diputuskan melalui mesyuarat ahli Skim kelak akan memberikan keputusan yang positif untuk semua pihak yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut, sila sertai Facebook AZZ Marketing Berhad: http://www.facebook.com/groups/AZZMARKETINGBERHAD/

Friday 14 December 2012

BAYARAN HASIL

Salam kepada semua ahli Skim Raja Keli Azz Marketing Bhd...

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan AZZ Marketing Bhd telah gagal melunaskan pembayaran hasil kepada ahli 2 skim sebagaimana sepatut nya.

Dengan sebab itu kedudukan AZZ Marketing Bhd akan di tentukan oleh para ahli skim didalam mesyuarat ahli skim yang akan di tentukan tarikh dan masa oleh Pemegang Amanah tidak lama lagi.

Para ahli akan di maklumkan tentang mesyuarat ini  oleh Pemegang Amanah melalui surat rasmi oleh Pemegang Amanah ( My Premier Trustee Bhd )

Ada lah di umumkan juga semua staff AZZ Marketing Bhd di Kota Bharu termasuk Pegawai Pemasaran En Abdul Rahim  telah berhenti bekerja dengan AZZ Marketing Bhd mulai 1hb Dec 2012. Dengan itu mereka2 ini tidak lagi berhak untuk mewakili syarikat di dalam apa jua urusan berkenaan dengan AZZ Marketing Bhd.

Jika para ahli skim ingin mendapat maklumat terkini berkenaan AZZ Marketing Bhd sila mohon untuk menjadi ahli di dalam Facebook AZZ Marketing Bhd atau boleh berhubung terus dengan Pemegang Amanah.

Sekian di maklumkan.