Friday 8 February 2013

Pengumuman Keputusan Pengundian Resolusi-Resolusi Khas Oleh Ahli-Ahli Skim

SKIM RAJA KELI, keputusan undian majoriti diperolehi keatas Resolusi Khas 2: Menyokong penstukturan semula Skim Raja Keli iaitu membenarkan Skim Raja Keli di struktur semula (Skim Keli Nasional) melalui pindaan terhadap Surat Ikatan Amanah Skim Raja Keli seperti yang dilampirkan di dalam lampiran A.

SKIM RAJA TILAPIA, keputusan undian majoriti diperoleh keatas Resolusi Khas 2: Menyokong penggulungan Skim Raja Tilapia dan penyerapan kesemua unit Skim Raja Tilapia kedalam Skim Raja Keli yang di struktur semula (Skim Keli Nasional) seperti yang dilampirkan di dalam lampiran A.

Perhatian:

1) Keputusan pengundian akan disahkan terlebih dahulu oleh Mahkamah sebelum dihantar kepada pihak SSM untuk tindakan lanjut.
2) Surat makluman mengenai keputusan penuh pengundian yang diperolehi tersebut akan dipos oleh Pemegang Amanah Skim kepada ahli Skim Raja Keli dan ahli Skim Raja Tilapia mengikut alamat yang tertera di dalam buku daftar ahli skim.

Wednesday 6 February 2013

Ringkasan Mesyuarat Agung Ahli Skim Raja Keli AZZ Marketing Berhad

LOKASI MESYUARAT: Dewan Semasa Simfoni, Aras 3, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur.
TARIKH: 8 Februari 2013 (hari jumaat)
MASA: 3.00 Petang

Ahli Mesyuarat terdiri daripada:

1) Hanya ahli Skim Raja Keli AZZ Marketing Berhad yang didaftarkan di dalam buku daftar ahli Skim Raja Keli iaitu pemilik pakej AZZ Ent yang membeli unit Skim Raja Keli melalui tawaran top up dan pembeli unit baru Skim Raja Keli dengan harga RM1600 seunit SAHAJA YANG DIBENARKAN masuk ke dewan mesyuarat seperti yang ditetapkan oleh pihak SSM.
- Sila bawa kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan.
- Ahli Skim yang tidak sempat menghantar borang proksi kepada pihak Pemegang Amanah Skim, boleh hadir dan mengundi semasa mesyuarat diadakan.

2) Wakil daripada Pemegang Amanah Skim, My Premier Trustee (Malaysia) Berhad

3) Wakil daripada AZZ Marketing Berhad

4) Wakil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Agenda Mesyuarat Skim Raja Keli

1. Rumusan mengenai status perlanggaran syarat-syarat Surat Ikatan Amanah berhubung dengan Skim Raja Keli yang dibawah pengurusan AZZ Marketing Berhad dan pembentangan laporan Audit Akaun Amanah dibawah pengendalian My Premier Trustee (Malaysia) Berhad.

2. Pembentangan cadangan penstrukturan semula Skim Raja Keli kepada Skim Keli Nasional.

3. Proses pengundian resolusi-resolusi dan proses pengiraan undi.

4. Pengumuman keputusan pengiraan undi.

5. Mesyuarat bersurai.

Ringkasan Mesyuarat Agung Ahli Skim Raja Tilapia AZZ Marketing Berhad

LOKASI MESYUARAT: Dewan Semasa Simfoni, Aras 3, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur.
TARIKH: 8 Februari 2013 (hari jumaat)
MASA: 4.30 Petang

Ahli Mesyuarat terdiri daripada:

1) Hanya ahli Skim Raja Tilapia AZZ Marketing Berhad yang didaftarkan di dalam buku daftar ahli Skim Raja Tilapia iaitu pemilik pakej AZZ Ent yang membeli unit Skim Raja Tilapia melalui tawaran top up dan pembeli unit baru Skim Raja Tilapia dengan harga RM1600 seunit SAHAJA YANG DIBENARKAN masuk ke dewan mesyuarat seperti yang ditetapkan oleh pihak SSM.
- Sila bawa kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan.
- Ahli Skim yang tidak sempat menghantar borang proksi kepada pihak Pemegang Amanah Skim, boleh hadir dan mengundi semasa mesyuarat diadakan.

2) Wakil daripada Pemegang Amanah Skim, My Premier Trustee (Malaysia) Berhad

3) Wakil daripada AZZ Marketing Berhad

4) Wakil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Agenda Mesyuarat Skim Raja Tilapia

1. Rumusan mengenai status perlanggaran syarat-syarat Surat Ikatan Amanah berhubung dengan Skim Raja Tilapia yang dibawah pengurusan AZZ Marketing Berhad dan pembentangan laporan Audit Akaun Amanah dibawah pengendalian My Premier Trustee (Malaysia) Berhad.

2. Pembentangan cadangan penggulungan Skim Raja Tilapia dan penyerapan kesemua unit Skim Raja Tilapia secara percuma ke dalam Skim Raja Keli yang telah di stuktur semula (Skim Keli Nasional).

3. Proses pengundian resolusi-resolusi dan proses pengiraan undi.

4. Pengumuman keputusan pengiraan undi.

5. Mesyuarat bersurai.

Monday 4 February 2013

Notis Perubahan Tempat/Lokasi Mesyuarat Agung Ahli Skim Raja Keli





Satu salinan Notis Perubahan Lokasi/Tempat Mesyuarat (“Notis”) tersebut telah dihantar kepada Ahli Skim secara pos mengikut alamat terakhir yang tertera di Buku Daftar Ahli Skim Raja Keli.

Notis dikeluarkan oleh pihak Pemegang Amanah, My Premier Trustee (Malaysia) Berhad pada 5 Februari 2013 dan juga telah diiklankan di Berita Harian (C18 BH 1klassifieds SELASA, 5 FEBRUARI 2013). 

Notis Perubahan Tempat/Lokasi Mesyuarat Agung Ahli Skim Raja Tilapia



Satu salinan Notis Perubahan Lokasi/Tempat Mesyuarat (“Notis”) tersebut telah dihantar kepada Ahli Skim secara pos mengikut alamat terakhir yang tertera di Buku Daftar Ahli Skim Raja Tilapia.

Notis dikeluarkan oleh pihak Pemegang Amanah, My Premier Trustee (Malaysia) Berhad pada 5 Februari 2013 dan juga telah diiklankan di Berita Harian (C18 BH 1klassifieds SELASA, 5 FEBRUARI 2013).