Monday 11 July 2011

PROSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN OLEH AZZ MARKETING BHD

UPDATE TERKINI
21HB AUG 2011
Surat yang di hantar kepada panel penilai untuk tujuan
permohonan pinjaman AZZ Marketing Bhd bagi menjalankan Skim Kepentingan Raja Tilapia di Beruas, Manjong, Perak.




SURAT KEBENARANKEPADA AZZ MARKETING BHD DARIPADA JABATAN PERIKANAN UNTUK MENJALANKAN PROJEK TERNAKAN IKAN AIR TAWAR DI TANAH LOT 9190  DAN LOT 9196 MUKIM BERUAS, MANJONG, PERAK
Pihak Pejabat tanah Daerah Manjong, Perak juga telah memberi kelulusan kepada Azz Marketing Bhd untuk menjalankan projek ternakan ikan air tawar di Lot 9190 dan Lot 9196 Mukim Beruas, Daerah Manjong, Perak
22HB JULAI 2011

UPDATE SESI PENERANGAN CEO AZZ MARKETING BERHAD DENGAN PIHAK PANEL PENILAI
PADA 22 JULAI 2011 (JAM 10 PAGI SEHINGGA 12 TGH HARI) TELAH DIADAKAN SATU SESI PENERANGAN DAN PERBINCANGAN MENGENAI PERMOHONAN PINJAMAN AZZ MARKETING BERHAD YANG DISAMPAIKAN OLEH CEO AZZ MARKETING BERHAD KEPADA PIHAK PANEL PENILAI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA BERTEMPAT DI HQ PIHAK PENILAI BERKENAAN. HASIL DARIPADA PENERANGAN DAN PERBINCANGAN TERSEBUT, PIHAK PANEL PENILAI SECARA DASARNYA BERPUAS HATI DENGAN PENERANGAN YANG DIBERIKAN DAN MEMINTA BEBERAPA DOKUMEN SOKONGAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK CEO AZZ MARKETING BERHAD UNTUK MENGUKUHKAN LAGI KERTAS KERJA PEMBIAYAAN PINJAMAN YANG DIPOHON. ANTARA DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN:
1)      SURAT KEBENARAN PEJABAT TANAH PASIR MAS, KELANTAN MENGENAI TAPAK TERNAKAN IKAN KELI BAGI SKIM KEPENTINGAN RAJA KELI YANG TELAH DILULUSKAN OLEH SSM.
2)      SURAT KEBENARAN PEJABAT TANAH MANJUNG@IPOH, PERAK MENGENAI TAPAK TERNAKAN IKAN TILAPIA BAGI SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA YANG SEDANG DIPOHON DARIPADA SSM.
3)     SURAT PENGESAHAN PERIKANAN KELANTAN MENGENAI TAPAK TERNAKAN IKAN KELI BAGI SKIM KEPENTINGAN RAJA KELI.
4)         SENARAI PROSPEK PEMBORONG BAGI IKAN KELI DAN IKAN TILAPIA.
5)        RESIT DAN DOKUMEN PEMBELIAN TANAH TAPAK SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA DI BERUAS, PERAK.
6)      SURAT PERSETUJUAN DASAR AZZ MARKETING BERHAD UNTUK CAGARAN TAPAK SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA SEBAGAI IKATAN JAMINAN KEATAS PEMBIAYAAN PINJAMAN.
SEMUA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN TELAH DISEDIAKAN OLEH AZZ MARKETING BERHAD DAN AKAN DIHANTAR KEPADA PIHAK PENILAI PADA 25 JULAI 2011 (ISNIN).
PERINGKAT SETERUSNYA PERMOHONAN ADALAH PENERANGAN MENGENAI KAEDAH PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN DAN JANGKAAN ALIRAN KEWANGAN YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH CEO AZZ MARKETING BERHAD KEPADA JAWATANKUASA PANEL PENILAI DAN JUGA LAWATAN TAPAK KEATAS TAPAK TERNAKAN IKAN KELI BAGI SKIM RAJA KELI DAN TAPAK TERNAKAN IKAN TILAPIA BAGI SKIM RAJA TILAPIA YANG AKAN DIBUAT OLEH PIHAK PANEL DALAM WAKTU TERDEKAT SEBELUM LAPORAN LENGKAP PANEL BERDASARKAN KAJIAN DAN LAWATAN TAPAK YANG DIBUAT DIHANTAR KEPADA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA UNTUK DIBINCANGKAN DAN DIPUTUSKAN KELULUSAN PEMBIAYAAN PINJAMAN OLEH PIHAK KOMINITI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA.
PERKEMBANGAN TERKINI AKAN DIUPDATE DI DALAM BLOG INI DARI SEMASA KE SEMASA. SEKIAN DIMAKLUMKAN.
TARIKH 20HB JULY 2011
UNTUK MAKLUMAN PARA PEMILIK:
Kementerian Kewangan Malaysia TELAH menghantar kertas kerja permohonan pembiayaan pinjaman yang di pohon oleh AZZ Marketing Bhd kepada pihak panel yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk di nilai.
Satu sesi perbincangan dan penerangan kepada pihak panel oleh CEO AZZ Marketing Bhd akan di adakan pada:
Tarikh : 22hb July 2011 ( Jumaat )
Masa : 10 pagi
Lokasi : Di rahsiakan
Hasil perbincangan dengan pihak panel nanti akan di update di dalam blog ini secepat mungkin.
Sekian di maklumkan.


PERMOHONAN PINJAMAN

Pra Permohonan Pinjaman AZZ Marketing Berhad
1)      Sesi perbincangan - Bermula pada bulan Jun 2011 dimana beberapa sesi perbincangan dengan wakil bank dilakukan. Hasil daripada sesi perbincangan yang dijalankan dan nasihat yang diberikan, pihak AZZ Marketing Berhad memutuskan bahawa:

a)      Pinjaman dimohon melalui Kementerian Kewangan Malaysia.
b)      Pinjaman dilakukan berdasarkan tujuan permohonan pinjaman bagi membiayai kos projek dan membeli kelengkapan ternakan untuk ternakan ikan talipia bagi skim Raja Talipia yang sedang dipohon dibawah Skim Kepentingan Kongsi Tani di SSM. Kelengkapan ternakan untuk penternakan ikan talipia akan dibeli daripada pihak AZZ Marketing Enterprise. Projek ternakan ikan talipia bagi Skim Kepentingan Raja Talipia akan dijalankan di dua tapak iaitu Lot 9190 & Lot 9196, Mukim Beruas, Manjung, Perak.
c)      Pinjaman tidak dapat dipohon atas nama AZZ Marketing Enterprise memandangkan AZZ Marketing Enterprise tidak memiliki lesen skim kepentingan dan tapak projek atas nama AZZ Marketing Enterprise adalah disewa dan tidak boleh digadaikan. Manakala pinjaman bagi tujuan pembiayaan projek ternakan ikan keli bagi skim Raja Keli juga tidak dapat dilakukan kerana projek telah pun dijalankan.
d)     Nilai pinjaman yang dipohon adalah berjumlah RM22,752,500 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Dua Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Dua Ribu Dan Lima Ratus Sahaja) merangkumi kos pemeliharaan ikan talipia, kos penyediaan tapak bagi pemeliharaan ikan talipia dan kos pendaftaran Skim Kepentingan Raja Talipia.
e)      Tempoh pinjaman dan bayaran balik yang dipohon adalah selama 10 tahun.

2)      Menyediakan kertas kerja pinjaman yang merangkumi:

a)      Pengalaman pemeliharaan ikan dan latar belakang Abdul Khairil Ridzuan Firdaus B. Abdul Rahim selaku pengarah urusan AZZ Marketing Enterprise dan Ketua Pegawai Eksekutif Skim Raja Keli AZZ Marketing Berhad.
b)      Latar belakang projek yang merangkumi butir-butir perniagaan/syarikat, tujuan pinjaman dimohon, cadangan projek yang akan dijalankan dan nilai pinjaman yang diperlukan, maklumat teknikal tapak dan maklumat modal yang telah disediakan oleh pihak AZZ Marketing Berhad.
c)      Aspek pemeliharaan dan pengurusan ternakan yang merangkumi tapak ternakan ikan keli bagi Skim Raja Keli, tapak ternakan ikan talipia bagi Skim Raja Talipia, penasihat bebas pemeliharaan dan pemegang amanah bagi Skim Raja Keli dan  Skim Raja Talipia.
d)     Aspek pengurusan yang merangkumi carta organisasi AZZ Marketing Berhad dan tugas dan tanggungjawab setiap bahagian.
e)      Aspek pemasaran yang merangkumi lokasi pemasaran, saiz dan syer pasaran, analisis persaingan, strategi pemasaran dan promosi pasaran.
f)       Kaedah pembayaran balik pinjaman yang merangkumi contoh dan penerangan pengiraan pembayaran balik pinjaman dan jadual pembayaran balik pinjaman. 
g)      Sumber pendapatan AZZ Marketing Berhad yang merangkumi pendapatan penjualan ikan keli dan ikan talipia, pendapatan penjualan unit Skim Kepentingan Raja Keli dan skim Kepentingan Raja Talipia, pendapatan daripada kos pusingan selepas hasil  kelapan ternakan ikan keli bagi skim Raja keli dan pendapatan daripada kos pusingan selepas hasil keempat ternakan ikan talipia bagi skim Raja Talipia,  pendapatan daripada sewaan tapak kepada pihak ketiga bagi projek ternakan ikan keli bagi skim Raja Keli selepas tempoh skim berakhir, pendapatan daripada pemulangan semula dana terikat bagi skim Raja Keli setelah tempoh skim berakhir dan pendapatan daripada pemulangan semula dana terikat bagi skim Raja Talipia selepas tempoh skim berakhir.
h)      Jenis perbelanjaan AZZ Marketing Berhad yang merangkumi perbelanjaan pengurusan syarikat, perbelanjaan pendaftaran dan pengurusan pelabur unit skim Raja Keli dan Raja Talipia, perbelanjaan pemeliharaan dan penjualan ikan keli dan ikan talipia, perbelanjaan penyediaan tapak bagi ternakan ikan keli dan ikan talipia, dan perbelanjaan pembayaran balik pinjaman.
i)        Kesimpulan dan lampiran yang merangkumi gambar tapak projek bagi ternakan ikan keli dan ikan talipia, pendaftaran perniagaan AZZ Marketing Enterprise, pendaftaran perniagaan AZZ Marketing Berhad, salinan sijil, surat ikatan amanah dan prospektus Skim Kepentingan Raja Keli yang telah diluluskan,   kontrak sewa tapak bagi skim Raja Keli, permohonan pendaftaran skim Raja Talipia, salinan geran tanah bagi tapak projek ternakan ikan talipia, perlantikan penasihat bebas pemeliharaan dan pemegang amanah skim dan unjuran kewangan AZZ Marketing Berhad.

3)      Menyediakan unjuran aliran kewangan AZZ Marketing Berhad untuk tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2011 sehingga tahun 2020.

Permohonan Pinjaman
1)      Menghantar permohonan lengkap - Pada 7hb Julai 2011, permohonan pinjaman lengkap beserta kertas kerja pinjaman yang telah disediakan oleh juru perunding, lampiran dan unjuran aliran kewangan AZZ Marketing Berhad untuk tempoh 10 tahun telah dihantar kepada Kementerian Kewangan Malaysia dan sesi penerangan ringkas kepada pihak tersebut mengenai pinjaman diadakan semasa penyerahan permohonan dibuat.  Salinan surat permohonan pinjaman adalah seperti dibawah:

SURAT PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN PROJEK SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA DI LOT 9190 DAN LOT 9196 MUKIM BERUAS,  MANJONG, PERAK

SURAT PERMOHONAN PINJAMAN KEPADA KEMENTERIAN KEWANGAN UNTUK MENJALANKAN SKIM KEPENTINGAN  RAJA TILAPIA DI LOT 9190 DAN LOT 9196 MUKIM BERUAS, MANJONG, PERAK
 

 Proses permohonan pinjaman akan merangkumi peringkat seperti berikut:


a)      Pihak tersebut akan buat penilaian terhadap kertas kerja projek yang akan dilaksanakan.
b)      Pihak penilai akan melakukan semakan syarikat dan pendaftaran skim kepentingan dengan pihak SSM.
c)      Semakan tapak projek dengan pejabat tanah dan perikanan akan dibuat oleh pihak penilai.
d)     Sesi penerangan akan dibuat oleh wakil AZZ Marketing Berhad kepada panel terbabit apabila diperlukan.
e)      Lawatan ke tapak ternakan oleh pihak tersebut.
f)       Laporan lengkap akan disediakan dan dihantar kepada pihak pengurusan kewangan selepas sesi kajian dan semakan dilakukan.
g)      Pihak kewangan yang terbabit akan memanggil mesyuarat ahli komiti kelulusan pinjaman untuk memberi penerangan dan membuat keputusan berdasarkan laporan lengkap yang telah dibuat oleh pihak panel.

3)      Proses keputusan dan kelulusan pinjaman - akan dimaklumkan dari semasa ke semasa manakala tempoh pemprosesan pinjaman dan nilai pinjaman yang akan diluluskan kelak adalah bergantung dan tertakluk kepada laporan yang dibuat oleh panel bank dan juga penilaian daripada Kementerian Kewangan Malaysia disebabkan oleh jumlahnya yang agak besar. Terima kasih