Wednesday 23 January 2013

Kepada Ahli Skim Raja Keli Yang Tidak Dapat Menghadiri Mesyuarat Agung Ahli Skim Pada 8 Februari 2013


Ahli Skim Raja Keli yang TIDAK DAPAT menghadiri Mesyuarat Agung Ahli Skim yang akan diadakan pada 8 Februari 2013 nanti perlu mengisi borang proksi seperti dibawah (borang proksi ini telah diposkan bersama dengan notis mesyuarat ke alamat ahli skim) untuk membolehkan undian anda juga diambil kira.



PANDUAN MENGISI BORANG PROKSI:


1. Isikan Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan anda

2. Isikan jumlah unit skim dan nombor skim (jika tidak pasti, biarkan kosong)

3. Isikan nama lantikan proksi, proksi anda mestilah juga ahli skim. Jika anda tiada proksi, sila mohon bantuan rakan-rakan ahli skim di:http://www.facebook.com/groups/384327498318221/ untuk menjadi proksi anda.

4. Tandakan yg berkaitan samada menyokong ataupun menentang Resolusi 1 ataupun Resolusi 2 (setiap Resolusi kena tanda X, samada setuju atapun tidak)


Contoh jika anda menyokong Resolusi Khas 2 iaitu penstrukturan semula Skim Raja Keli, anda perlu:

tandakan X diruangan menentang di Resolusi Khas 1 dan;
tandakan X diruangan bersetuju di Resolusi Khas 2


5. Sila tandatangan diruangan tandatangan ahli skim yang disediakan.

6. Borang proksi yang telah siap diisi dan ditandatangani PERLU DIPOSKAN ke alamat Pemegang Amanah Skim seperti berikut sebelum atau pada 5 Februari 2013 (isikan tarikh di borang proksi mengikut tarikh anda poskan borang berkenaan kepada pihak pemegang amanah:

MY PREMIER TRUSTEE (MALAYSIA) BERHAD
Unit B710, Block B
Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
Jalan 16/11, Off Jalan Damansara
46350 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No. Tel:  +603-79317768 / 79317728

Terima Kasih.

PERHATIAN:

Kepada ahli Skim Raja Keli yang DAPAT menghadiri Mesyuarat Agung Ahli Skim Raja Keli yang akan diadakan pada 8 Februari 2013 jam 3.00 petang nanti, anda TIDAK PERLU mengisi dan menghantar borang proksi kepada pihak pemegang amanah. Anda hanya perlu hadir ke mesyuarat berkenaan dengan membawa kad pengenalan dan boleh terus mengundi semasa mesyuarat berkenaan diadakan (kertas undi akan disediakan semasa mesyuarat berkenaan diadakan). Borang proksi hanya digunakan bagi ahli skim yang tidak dapat menghadiri mesyuarat berkenaan sahaja.


Kepada Ahli Skim Raja Tilapia Yang Tidak Dapat Menghadiri Mesyuarat Agung Ahli Skim Pada 8 Februari 2013

Ahli Skim Raja Tilapia yang TIDAK DAPAT menghadiri Mesyuarat Agung Ahli Skim yang akan diadakan pada 8 Februari 2013 nanti perlu mengisi borang proksi seperti dibawah (borang proksi ini telah diposkan bersama dengan notis mesyuarat ke alamat ahli skim) untuk membolehkan undian anda juga diambil kira.


PANDUAN MENGISI BORANG PROKSI:

1. Isikan Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan anda
2. Isikan jumlah unit skim dan nombor skim (jika tidak pasti, biarkan kosong)
3. Isikan nama lantikan proksi, proksi anda mestilah juga ahli skim. Jika anda tiada proksi, sila mohon bantuan rakan-rakan ahli skim di:http://www.facebook.com/groups/384327498318221/ untuk menjadi proksi anda.
4. Tandakan yg berkaitan samada menyokong ataupun menentang Resolusi 1 ataupun Resolusi 2 (setiap Resolusi kena tanda X, samada setuju atapun tidak) 

Contoh jika anda menyokong Resolusi Khas 2 iaitu penggulungan Skim Raja Tilapia dan penyerapan kesemua unit Skim Raja Tilapia ke dalam Skim Raja Keli yang distrukturkan semula, anda perlu:

tandakan X diruangan menentang di Resolusi Khas 1 dan;
tandakan X diruangan bersetuju di Resolusi Khas 2

5. Sila tandatangan diruangan tandatangan ahli skim yang disediakan.
6. Borang proksi yang telah siap diisi dan ditandatangani PERLU DIPOSKAN ke alamat Pemegang Amanah Skim seperti berikut sebelum atau pada 5 Februari 2013 (isikan tarikh di borang proksi mengikut tarikh anda poskan borang berkenaan kepada pihak pemegang amanah):



MY PREMIER TRUSTEE (MALAYSIA) BERHAD

Unit B710, Block B
Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
Jalan 16/11, Off Jalan Damansara
46350 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
No. Tel:  +603-79317768 / 79317728

Terima Kasih.

PERHATIAN: 

Kepada ahli Skim Raja Tilapia yang DAPAT menghadiri Mesyuarat Agung Ahli Skim Raja Tilapia yang akan diadakan pada 8 Februari 2013 jam 4.30 petang nanti, anda TIDAK PERLU mengisi dan menghantar borang proksi kepada pihak pemegang amanah. Anda hanya perlu hadir ke mesyuarat berkenaan dengan membawa kad pengenalan dan boleh terus mengundi semasa mesyuarat berkenaan diadakan (kertas undi akan disediakan semasa mesyuarat berkenaan diadakan). Borang proksi hanya digunakan bagi ahli skim yang tidak dapat menghadiri mesyuarat berkenaan sahaja.

Monday 21 January 2013

Kepada Ahli Skim Raja Keli


Adalah dimaklumkan satu mesyuarat Pemegang Ahli Skim Raja Keli akan diadakan pada pukul 3.00 petang pada hari Jumaat, bersamaan dengan 8 Februari 2013 di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Tingkat 10, Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur seperti yang telah diiklankan di Berita Harian (C16 BH 1klassifieds KHAMIS, 17 JANUARI 2013).

Satu salinan Notis Mesyuarat (“Notis”) bersama dengan resolusi –resolusi khas yang dicadangkan untuk diluluskan pada mesyuarat tersebut telah dihantar kepada Ahli Skim secara pos mengikut alamat terakhir yang tertera di Buku Daftar Ahli Skim Raja Keli.

Notis dikeluarkan oleh pihak Pemegang Amanah, My Premier Trustee (Malaysia) Berhad pada 17 Januari 2013. 

Kepada Ahli Skim Raja Tilapia

Adalah dimaklumkan satu mesyuarat Pemegang Ahli Skim Raja Tilapia akan diadakan pada pukul 4.30 petang pada hari Jumaat, bersamaan dengan 8 Februari 2013 di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Tingkat 10, Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur seperti yang telah diiklankan di Berita Harian (C16 BH 1klassifieds KHAMIS, 17 JANUARI 2013).

Satu salinan Notis Mesyuarat (“Notis”) bersama dengan resolusi –resolusi khas yang dicadangkan untuk diluluskan pada mesyuarat tersebut telah dihantar kepada Ahli Skim secara pos mengikut alamat terakhir yang tertera di Buku Daftar Ahli Skim Raja Tilapia.

Notis dikeluarkan oleh pihak Pemegang Amanah, My Premier Trustee (Malaysia) Berhad pada 17 Januari 2013.