Monday 21 January 2013

Kepada Ahli Skim Raja Keli


Adalah dimaklumkan satu mesyuarat Pemegang Ahli Skim Raja Keli akan diadakan pada pukul 3.00 petang pada hari Jumaat, bersamaan dengan 8 Februari 2013 di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Tingkat 10, Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur seperti yang telah diiklankan di Berita Harian (C16 BH 1klassifieds KHAMIS, 17 JANUARI 2013).

Satu salinan Notis Mesyuarat (“Notis”) bersama dengan resolusi –resolusi khas yang dicadangkan untuk diluluskan pada mesyuarat tersebut telah dihantar kepada Ahli Skim secara pos mengikut alamat terakhir yang tertera di Buku Daftar Ahli Skim Raja Keli.

Notis dikeluarkan oleh pihak Pemegang Amanah, My Premier Trustee (Malaysia) Berhad pada 17 Januari 2013.