Wednesday 14 September 2011

Berkenaan Pembayaran Balik Modal Pemilik AZZ Marketing Enterprise

Berkenaan dengan pembayaran balik modal pemilik....

1. Sebelum Pinjaman Yg Di pohon Di  luluskan:

a. Azz cuba menjual aset kenderaan dan membayar modal kepada pemilik khusus kpd kontrak AZZ 15xxxx. AZZ Marketing Enterprise TELAH membuat 2 kali pembayaran. Pembayaran seterusnya akan di buat setiap kali AZZ Marketing Enterprise dapat menjual kenderaan milik nya.

b. Membenarkan pemilik membeli Skim Kepentingan Raja Keli yang berharga         
   RM 1,600.00 seunit menggunakan modal sedia ada pemilik  dimana pemilik hanya perlu mengeluarkan RM 800.00 duit poket manakala  baki RM 800.00 boleh MENGGUNAKAN modal lama pemilik di dalam AZZ Marketing Enterprise UNTUK MEMBIAYAI KOS MEMBELI SKIM KEPENTINGAN RAJA KELI.
Ahli Skim akan menikmati hasil RM 300.00 ( bergantung pd harga borong keli yang di tentukan oleh Perunding Bebas iaitu Kris Ocean Aquatic Sdn Bhd )
setiap 3 bulan selama 8 kali bermula dari tarikh pengesahan pembelian Skim Raja Keli.

c. Sebaik Skim Kepentingan Tilapia di luluskan oleh SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA  yang di jangka pada NOV 2011 maka pemilik AZZ Marketing Enterprise boleh membeli unit tersebut ( yang berharga
RM 1,600.00 seunit ) dengan hanya mengeluarkan duit poket sebanyak RM 300.00 shj dimana baki RM 1,300.00 boleh di ambil daripada modal asal pemilik didlm AZZ Marketing Enterprise. Ahli Skim Tilapia akan menikmati hasil antara RM 540.00 hingga RM 640.00 setiap 6 bulan selama 4 kali.

Pembelian cara ini adalah tertakluk kepada kuota bulanan syarikat dan juga kuota individu ( pemilik ) yang akan di tentukan oleh AZZ Marketing Bhd.

d. Pemilik boleh mempromosikan Skim Kepentingan Raja Keli kepada orang awam pada
HARGA PENUH ( RM 1,600.00 seunit ) dan jika berjaya menjual 10 unit sekaligus atau terkumpul pihak AZZ Marketing Bhd akan membayar modal pemilik terbabit sebanyak RM 3,900.00. AZZ Marketing Bhd TIDAK membayar komisyen jualan kpd pemilik terbabit.

Semua langkah di atas di buat dengan tujuan dan harapan agar modal pemilik  AZZ Marketing Enterprise dapat di selesaikan DENGAN KADAR SEGERA.



2. Setelah Pinjaman Yang Di pohon Di luluskan:

Pemilik
BOLEH memilih langkah2 berikut:

a. Memohon modal di kembalikan secara penuh ( Secara Bank Draf )

Oleh kerana jumlah pinjaman
tidak dapat menampung keseluruhan modal pemilik dan kemungkinan besar pihak kementerian kewangan akan melepaskan pinjaman secara berperingkat kepada AZZ Marketing Bhd maka AZZ Marketing Enterprise terpaksa membuat pembayaran kepada pemilik secara ansuran @ berperingkat sehingga selesai. Setiap kontrak pemilik akan di pecahkan kepada unit - unit dimana setiap unit bersamaan dengan RM 1,300.00. Pembayaran akan di buat berdasarkan unit2 ini dan tarikh pembayaran akan di tentukan mengikut giliran ( akan bermula dengan AZZ 15xxxx di ikuti AZZ 14xxxx dan seterusnya sehingga AZZ 1xxxx ) dan oleh kedudukan kewangan AZZ Marketing Bhd pada masa itu. Cara ini akan memgambil masa untuk di selesaikan khususnya kepada pemilik yang mempunyai modal yang besar di dalam AZZ Marketing Enterprise.

b. Memohon modal di kembalikan secara tunai ( bank draf ) bersama pakej unit Skim Kepentingan Tilapia. ( Skim Kepentingan Raja Keli
TIDAK terlibat didalam langkah (b) dan (c) di bawah )

Untuk setiap pakej yg bernilai
RM 13,000.00 yg di miliki oleh pemilik pihak AZZ akan membayar RM 3,400.00 secara Bank Draf dan memberi 6 unit Skim Tilapia yang bernilai RM 9,600.00 kepada pemilik terbabit ( dengan syarat Skim Kepentingan Tilapia telah diluluskan pendaftarannya oleh SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA ) Proses ini boleh di uruskan dengan segera ( ia itu tanpa mengikut giliran ). Pemilik yg memiliki Skim Tilapia akan menikmati hasil setiap 6 bulan selama 4 kali iaitu sebanyak Rm 540.00 hingga RM 640.00 SEUNIT. ( maknanya pemilik akan mendapat hasil antara RM 3,240.00 hingga RM 3,840.00 setiap 6 bulan )
 

Jumlah unit Skim Tilipia yang akan di beri adalah tertakluk kepada kuota bulanan dan kuota individu yang akan di tentukan oleh AZZ Marketing Bhd nanti.

c. Memohon untuk membeli unit Skim Tilapia
TANPA bayaran daripada duit poket pemilik. Langkah ini juga boleh dilakukan dengan segera ( iaitu tanpa mengikut giliran ) dengan syarat Skim Kepentingan Tilapia TELAH di luluskan pendaftarannya oleh SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
  
Walaubagaimanapun oleh kerana jumlah lot Skim Tilapia adalah terhad ( di pohon sebanyak 21,000 lot ) maka penukaran tanpa bayaran adalah tertakluk kepada kuota bulanan dan kuota individu ( pemilik ) yang akan di tentukan oleh AZZ Marketing Bhd.





Langkah2 yang di sebutkan di atas terpaksa di laku kan demi untuk memastikan bahawa:

1. AZZ Marketing Bhd boleh terus beroperasi dan

2. Modal pemilik AZZ Marketing Enterprise dapat di bayar balik SEPENUH NYA

Pihak AZZ sedaya upaya ingin menyelesaikan semua permasaalahan modal pemilik dengan seberapa segera dan sebaik mungkin walaupun terdapat segelintir pemilik sentiasa memandang serong dan masih menuduh AZZ mahu menipu dan melarikan diri walaupun mereka sebenarnya menyedari pada hakikatnya pihak pengurusan AZZ benar2 tidak mahu melakukan perkara yang buruk kepada pemilik.

Selagi terdaya pihak pengurusan akan terus bersabar dengan semua tuduhan dan cacian yang telah di lemparkan dan sentiasa mendoakan agar pemilik yang bertindak negatif terhadap AZZ akan di buka pintu hati mereka kearah kebaikan dan kesedaran.

Pada AZZ, Allah SWT lebih mengetahui akan niat sebenar AZZ dalam menyelesaikan masaalah yang melanda dan percaya bahawa
KEBENARAN akan terserlah akhir nya.
ALLAH S.W.T MAHA ADIL DAN MENGETAHUI.