Thursday 26 April 2012

KELULUSAN DASAR SKIM RAJA TILAPIA AZZ MARKETING BHD DAN STATUS PINJAMAN AZZ MARKETING BHD

27 HB APRIL 2012

KELULUSAN PERLANTIKAN PEMEGANG AMANAH UTK SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA OLEH YB MENTERI

Di pamirkan surat kelulusan yang berkaitan dengan perkara di atas:





Dengan kelulusan ini bermakna pihak AZZ Marketing Bhd akan mendaftarkan prospektus ( setelah surat kelulusan penuh/akhir di perolehi daripada Suruhan Jaya Syarikat Malaysia dalam masa terdekat ) dan Skim Kepentingan ini di jangka akan dapat di jual kepada orang awam pada bulan Jun 2012 nanti.

TAHNIAH...AZZ MARKETING BHD 

9 HB MARCH 2012  

....HARI YANG BERSEJARAH BAGI AZZ MARKETING BHD , PEMILIK2 AZZ MARKETING ENTERPRISE , PARA AHLI SKIM AZZ MARKETING BHD SERTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA KHAS NYA DAN DUNIA AM NYA.

Pada hari ini setelah berjuang sekian lama nya maka pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) secara rasmi nya telah memberikan KELULUSAN DASAR KEPADA AZZ MARKETING BHD untuk menguruskan SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA yang akan berpusat di Mukim Beruas, Perak.


Jumlah unit skim tilapia yang di luluskan adalah sebanyak 30,000 unit dengan harga seunit adalah RM 1,600.00 menjadikan jumlah nilai nya sebanyak RM 48 Juta. 

Tempoh satu pusingan skim ialah 2 tahun dan tempoh skim yang di luluskan ialah 20 tahun ( 10 pusingan ) menjadikan nilai keseluruhan skim adalah sebanyak RM 480 Juta. Daripada jumlah ini 70% ( 21,000 unit ) adalah di benarkan di tawarkan kepada orang awam manakala baki 30% adalah untuk simpanan syarikat.

Dengan kelulusan ini bermakna AZZ Marketing Bhd telah mendapat KEPERCAYAAN SEPENUH NYA daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Jualan Skim Raja Tilapia hanya boleh dilakukan setelah pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia memberi KELULUSAN PENUH ( AKHIR ) kepada AZZ Marketing Bhd yang di jangka mengambil masa antara 2 hingga 3 bulan lagi. 

UNTUK MELIHAT SURAT KELULUSAN DASAR SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA YANG DI KELUARKAN OLEH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA



APAKAH KAITAN SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA DENGAN PINJAMAN YANG DI POHON OLEH AZZ MARKETING BHD DARIPADA KEMENTERIAN KEWANGAN ?

Sebagaimana yang telah di jelaskan sebelum ini permohonan pinjaman AZZ Marketing dengan Kementerian Kewangan sebanyak RM 22 JUTA ADALAH UNTUK MEMBIAYAI SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA. PINJAMAN INI  AKAN DI GUNAKAN OLEH AZZ MARKETING BHD UNTUK MEMBELI BARANGAN KEPERLUAN TERNAKAN SEDIA ADA AZZ ENTERPRISE BAGI DI GUNAKAN UNTUK SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA

Pihak AZZ Bhd TELAH menyerahkan surat kelulusan dasar Skim Kepentingan Raja Tilapia kepada pihak Kementerian Kewangan pada 12hb April 2012 dengan harapan ia nya dapat membantu memberi lebih keyakinan kepada pihak Kementerian Kewangan untuk memberi kemudahan pinjaman kepada AZZ Marketing Bhd secepat mungkin. 

HALAMAN PERTAMA


HALAMAN KEDUA


AZZ Bhd mencadangkan untuk membayar balik pinjaman jika di luluskan di dalam tempoh 10 tahun.


Berkenaan dengan pembayaran balik modal pemilik AZZ Enterprise pula akan dapat di laksanakan sebaik pinjaman ini di luluskan dan cara pembayaran balik telah di jelaskan di dalam blog ini sebelum ini. 

SILA KLIK DI SINI  

untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Ada lah di maklumkan bahawa nilai Skim Kepentingan Raja Keli dan Skim Kepentingan Raja Tilapia ( anggaran RM 520 Juta ) yang telah di perolehi oleh AZZ Marketing Bhd adah JAUH MELEBIHI nilai modal pemilik AZZ Enterprise yang perlu di langsaikan. Jumlah ini belum termasuk jumlah pinjaman yang di pohon oleh AZZ Marketing Bhd. Dengan itu para pemilik TIDAK PERLU LAGI BIMBANG DENGAN MODAL MEREKA DI AZZ ENTERPRISE kerana lambat laun akan terbayar juga walaupun pemilik 2 ini tidak mahu mengambil pendekatan  untuk menyahut seruan CEO untuk membeli pakej Skim Raja Keli atau Skim Raja Tilapia seperti yang telah di buat oleh pemilik2 lain sebelum ini. Untuk rekod sehingga hari ini ( 31HB MAY 2012 ) sebanyak kira-kira 6,000 unit Skim Raja Keli telah terjual melalui sistem top-up dan ini bermakna AZZ telah membayar balik kira-kira RM 4.8 juta modal pemilik AZZ Enterprise.

Apa yang di harapkan oleh pihak AZZ Marketing Bhd adalah pemilik AZZ Enterprise dapat terus bersabar dan mendoakan yang terbaik untuk semua. Inshaallah Tuhan akan bersama2 mereka yang benar dan jujur.