Friday 8 February 2013

Pengumuman Keputusan Pengundian Resolusi-Resolusi Khas Oleh Ahli-Ahli Skim

SKIM RAJA KELI, keputusan undian majoriti diperolehi keatas Resolusi Khas 2: Menyokong penstukturan semula Skim Raja Keli iaitu membenarkan Skim Raja Keli di struktur semula (Skim Keli Nasional) melalui pindaan terhadap Surat Ikatan Amanah Skim Raja Keli seperti yang dilampirkan di dalam lampiran A.

SKIM RAJA TILAPIA, keputusan undian majoriti diperoleh keatas Resolusi Khas 2: Menyokong penggulungan Skim Raja Tilapia dan penyerapan kesemua unit Skim Raja Tilapia kedalam Skim Raja Keli yang di struktur semula (Skim Keli Nasional) seperti yang dilampirkan di dalam lampiran A.

Perhatian:

1) Keputusan pengundian akan disahkan terlebih dahulu oleh Mahkamah sebelum dihantar kepada pihak SSM untuk tindakan lanjut.
2) Surat makluman mengenai keputusan penuh pengundian yang diperolehi tersebut akan dipos oleh Pemegang Amanah Skim kepada ahli Skim Raja Keli dan ahli Skim Raja Tilapia mengikut alamat yang tertera di dalam buku daftar ahli skim.