Wednesday 6 February 2013

Ringkasan Mesyuarat Agung Ahli Skim Raja Keli AZZ Marketing Berhad

LOKASI MESYUARAT: Dewan Semasa Simfoni, Aras 3, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur.
TARIKH: 8 Februari 2013 (hari jumaat)
MASA: 3.00 Petang

Ahli Mesyuarat terdiri daripada:

1) Hanya ahli Skim Raja Keli AZZ Marketing Berhad yang didaftarkan di dalam buku daftar ahli Skim Raja Keli iaitu pemilik pakej AZZ Ent yang membeli unit Skim Raja Keli melalui tawaran top up dan pembeli unit baru Skim Raja Keli dengan harga RM1600 seunit SAHAJA YANG DIBENARKAN masuk ke dewan mesyuarat seperti yang ditetapkan oleh pihak SSM.
- Sila bawa kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan.
- Ahli Skim yang tidak sempat menghantar borang proksi kepada pihak Pemegang Amanah Skim, boleh hadir dan mengundi semasa mesyuarat diadakan.

2) Wakil daripada Pemegang Amanah Skim, My Premier Trustee (Malaysia) Berhad

3) Wakil daripada AZZ Marketing Berhad

4) Wakil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Agenda Mesyuarat Skim Raja Keli

1. Rumusan mengenai status perlanggaran syarat-syarat Surat Ikatan Amanah berhubung dengan Skim Raja Keli yang dibawah pengurusan AZZ Marketing Berhad dan pembentangan laporan Audit Akaun Amanah dibawah pengendalian My Premier Trustee (Malaysia) Berhad.

2. Pembentangan cadangan penstrukturan semula Skim Raja Keli kepada Skim Keli Nasional.

3. Proses pengundian resolusi-resolusi dan proses pengiraan undi.

4. Pengumuman keputusan pengiraan undi.

5. Mesyuarat bersurai.