Monday 20 June 2011

JADUAL PEMBAYARAN BALIK MODAL PENUH PEMILIK PAKEJ

Pembayaran modal penuh semua pemilik pakej akan di pecahkan kepada beberapa peringkat. 


KEUTAMAAN pembayaran balik modal peringkat pertama akan di berikan kepada PEMILIK PAKEJ YANG BELUM PERNAH MENDAPAT HASIL**.


Pembayaran akan bermula sebaik sahaja pihak AZZ Marketing Enterprise berjaya: 


1.  Menjual salah satu daripada aset AZZ Marketing Enterprise ( sila lihat senarai aset yang boleh di jual ) atau 


2.  Melalui penjualan dan pembayaran unit penuh ( bukan daripada unit tawaran pembayaran 50 % ) Skim Raja Keli AZZ Marketing Bhd *** 
( ada sejumlah wang @ RM 1,160.00 yang akan di bayar kepada AZZ Marketing Enterprise untuk pembelian medium peliharaan ) atau


3.  Pinjaman bank yang sedang di pohon oleh AZZ Marketing Bhd mendapat kelulusan ****

dan TIDAK AKAN menunggu sehingga 30 hb Sept 2011 untuk membuat pembayaran modal pemilik pekej kerana bukan niat AZZ Marketing Enterprise untuk menyimpan duit yang di perolehi ( hasil daripada 3 aktiviti asas di atas ) dan melengah lengahkan pembayaran kepada pemilik

Buat masa ini pihak AZZ Marketing Enterprise BELUM lagi dapat membuat pembayaran balik modal. AZZ Marketing Enterprise akan berusaha sedaya upaya untuk membuat bayaran ini secepat mungkin. Di harap pemilik dapat bersabar dan mendoakan kelancaran pembayaran balik ini.

Sekian di maklumkan

Drp CEO AZZ Marketing Enterprise

** Maksud nya bermula dengan pemilik yang PALING LEWAT menyertai AZZ Marketing Enterprise dan TIDAK PERNAH membuat pembelian pakej sebelum itu. Mereka juga TIDAK PERNAH mendapat sebarang hasil dari AZZ Marketing Enterprise ( bermula dengan no ahli AZZ 15 xxxx serta no kontrak AZZ 15 xxxx kemudian no ahli AZZ 14 xxxx serta no kontrak AZZ 15 xxxx kemudian no ahli AZZ 13 xxxx serta no kontrak AZZ 15 xxxx dan seterusnya sehingga selesai no kontrak AZZ 15xxxx. Kemudian akan di ikuti no ahli AZZ 14 xxxx serta no kontrak AZZ 14 xxxx diikuti AZZ 13 dan no kontrak AZZ 14 xxxx seterus nya AZZ 12 xxxx dan no kontrak AZZ 14 xxxx sehingga selesai )

Mereka yang top up atau yang menukar pakej dari 4 bulan kepada 3 bulan adalah di kira pemilik lama ( Nombor kad pemilik lama akan di ambil kira )

*** Pembayaran unit penuh bermaksud pembeli unit Skim Raja Keli AZZ Marketing Bhd membayar RM 1,600.00 kepada AZZ Marketing Bhd dan bukan nya membayar
RM 800.00 manakala baki RM 800.00 di tampung oleh AZZ Marketing Enterprise dengan cara memotong nilai modal asal pemilik di dalam AZZ Marketing Enterprise ( lihat ' Tawaran Menarik ' )

***** AZZ Marketing Enterprise telah membuat pemindahan milik aset kepada AZZ Marketing Bhd ( lihat senarai aset yg di pindah milik ) secara KREDIT. Maka dengan ini pihak AZZ Marketing Bhd telah memohon  pinjaman untuk menjelaskan nilai aset yang telah di pindahmilik ini kepada AZZ Marketing Enterprise supaya pihak AZZ Marketing Enterprise dapat membayar balik modal pemilik pakej keli AZZ Marketing Enterprise.