Wednesday 8 June 2011

TERIMA KASIH .....

Semenjak blog ini di paparkan begitu ramai pemilik yang telah menghubungi saya atau sms kepada saya selaku pegawai pemasaran AZZ Marketing Bhd bertanyakan kedudukan syarikat AZZ Marketing Enterprise dipersada perniagaan keli.

Ada segelintir yang agak emosi tetapi begitu ramai yang memahami permasaalahan yang berlaku di dalam AZZ Marketing Enterprise. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang menunjukkan sikap memahami dan kepada yang beremosi saya juga tidak sesekali menyalahkan mereka. Harapan saya agar mereka dapat menerima hakikat bahawasanya didalam dunia perniagaan banyak risiko dan pengorbanan yang mungkin atau terpaksa di harungi.

Secara sesungguhnya pihak pengurusan AZZ Marketing Enterprise tidak pernah mempunyai perancangan atau niat untuk menyusahkan pemilik apa lagi menipu mereka seperti yang di dakwa oleh sesetengah pemilik. Bukti  nya pihak AZZ telah menubuhkan AZZ Marketing Bhd dan telah membuat permohonan untuk mendapat kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi meneruskan projek Skim Keli di bawah Skim Kepentingan Kategori Kongsi Tani. Kelulusan seperti ini perlu menjalani proses yang panjang dan merumitkan sehingga ianya mengambil masa 1  tahun untuk di luluskan. Disamping itu banyak modal yang terpaksa di korbankan untuk menepati syarat Suruhanjaya Syarikat Malaysia didalam permohonan untuk mendapat kelulusan lesen Skim Kepentingan.

Pihak AZZ Marketing Enterprise akan membayar kembali modal pemilik pakej SEBANYAK 100% melalui 3 cara utama:


*Melalui penjualan atau penggadaian aset AZZ Marketing Enterprise

*Melalui pinjaman bank iaitu dengan cara penyediaan kertas kerja bagi mendapatkan pinjaman bank keatas Skim Raja Keli AZZ Marketing Bhd


* Melalui penjualan dengan segera unit unit skim kepentingan Raja Keli AZZ Marketing Bhd bagi mendapatkan kembali wang yang telah di gunakan dalam menyediakan medium peliharaan bagi skim kepentingan Raja Keli AZZ Marketing Bhd iaitu sebanyak RM 1160 daripada setiap unit Skim Raja Keli yang di jual dan wang tersebut akan di kembalikan kepada pihak AZZ Marketing Enterprise dan akan di gunakan untuk membayar modal pemilik pakej.

Bila dan jangkamasa yang di perlukan untuk AZZ Marketing Enterprise dapat membayar balik modal pemilik tidak dapat di tentukan lagi buat masa ini. Pihak AZZ Marketing akan berusaha bersungguh sungguh untuk mempercepatkan tarikh pembayaran tersebut dan jangkamasa yang di perlukan untuk menjelaskan semua modal pemilik kepada pemilik atau kepada pewaris terdekat.

Diharap semua pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise dapat memberikan kerjasama menyokong usaha mempromosikan Skim Raja Keli AZZ Marketing Bhd dan juga TIDAK menyebarkan maklumat yang negatif kerana di kuatiri akan menjejaskan peluang untuk kelulusan pinjaman yang akan di buat seterus nya melambatkan lagi proses pembayaran balik modal kepada pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise.

Seandai nya pemilik terus beremosi atas apa sebab sekali pun ia nya hanya akan merumitkan keadaan dan tidak akan membantu menyelesaikan masaalah. Perlu saya jelaskan sekali lagi bahawasa nya AZZ Marketing Bhd baru sahaja hendak memulakan perniagaan dan BUKAN didalam proses untuk menutup perniagaan ( untuk lari dsb nya ) dan perniagaan Skim Raja Keli pada kali ini saya yakin akan terus melangkah gagah di persada perniagaan di Malaysia khas nya untuk jangka masa yang panjang.

Sekian daripada saya... saya mohon jutaan maaf seandai nya ada perkataan di atas atau yang di luahkan oleh saya semasa tuan puan berhubung dengan saya melalui perbualan telefon atau sms menyinggung perasaan tuan puan. Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik dan inshaallah kejayaan akan kita sama2 kecapi di hari mendatang.

Bagi mereka yang masih tidak dapat menerima penjelasan di atas saya  berdoa agar Tuhan membuka hati dan minda mereka untuk mereka menilai kebenaran dan mencurahkan rezeki dan rahmat keatas mereka.

Bagi yang dapat menerima saya mengucapkan syukur dan berdoa kepada Tuhan agar kita masih terus boleh bersama menjalan kan perniagaan anjuran AZZ Marketing Bhd ( selepas ini ada lagi skim yang akan di perkenalkan...didalam proses kelulusan ) dan sama sama mengecapi kejayaan.

Renungkan lah....daripada Feb 2008 sehingga Dec 2010 pihak AZZ Marketing Enterprise tidak pernah menghampakan pemilik dan pihak AZZ Marketing Bhd sekali lagi ingin melakukan yang terbaik kepada para pemilik andai nya di beri peluang...

Daripada saya yang menjalan kan tugas dan tanggung jawab.

Pegawai Pemasaran pakej Skim Raja Keli AZZ Marketing Bhd.

Tel : 016-9223073 

Sila  SMS jika tidak dapat menghubungi saya terima kasih.