Monday 20 June 2011

STATUS WANG TUNAI DAN BANK ~ AZZ MARKETING ENTERPRISE

Salam....

Untuk pengtahuan pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise akaun bank AZZ Marketing Enterprise tidak lagi di gunakan. Oleh yang demikian semua wang tunai telah di pindahkan keakaun AZZ Marketing Bhd dan wang tersebut di gunakan untuk membayar overhead syarikat setiap bulan seperti:

1  Gaji pekerja
2  Sewa
3  Perbelanjaan pejabat dan pengurusan syarikat
4  Bil elektrik dan Air semua tapak projek
5  Kos pengurusan kilang dan Lain2 perbelanjaan perlu.

Dengan sebab2 di atas wang tersebut TIDAK BOLEH di gunakan untuk membayar modal pemilik pakej kerana AZZ Marketing Enterprise dan AZZ Marketing Bhd masih lagi beroperasi iaitu TIDAK MUFLIS
Namun begitu pihak AZZ Marketing Enterprise sedang berusaha untuk mengurangkan kos overhead syarikat dengan cara seperti:

1  Mengurangkan bilangan pekerja
2  Penutupan Pejabat utama AZZ Marketing Enterprise di Bunut susu ( kos operasi terlampau tinggi )
3  Penjimatan keatas penggunaan elektrik di tapak ternakan dan di kilang. Tapak ternakan tidak dapat di tutup sekarang selagi tiada pembeli mengambilalih.
4  Penjimatan keatas kos kawalan keselamatan Pengarah Urusan dimana ia hanya akan di bayar untuk kegunaan pada majlis2 tertentu sahaja dan tidak di bayar secara bulanan.
5  Lain2 penjimatan kos yang sesuai

Penjimatan keatas kos overhead bulanan ini bertujuan untuk membolehkan lebihan wang tersebut di gunakan sebagai salah satu cara untuk menampung pembayaran balik modal pemilik pakej.
Status tunai di bank tidak dapat di nyatakan buat masa sekarang kerana nilaian nya sentiasa berubah mengikut perbelanjaan syarikat manakala penyata akaun AZZ Marketing Bhd hanya akan di keluarkan selepas tahun kewangan berakhir pada 31hb Dec 2011.

Tujuan perkara di atas dimaklumkan supaya pemilik pakej sedar bahawa AZZ Marketing Enterprise tidak boleh membuat pembayaran balik modal selagi aset AZZ Marketing Enterprise tidak dapat di jual dan kelulusan pinjaman bank tidak di perolehi walaupun syarikat mempunyai sedikit simpanan wang didalam akaun bank AZZ Marketing Bhd kerana wang tersebut perlu digunakan untuk menampung kos overhead bulanan syarikat.

Pihak AZZ Marketing Enterprise juga tidak akan mendapatkan perintah mahkamah untuk penutupan syarikat kerana pihak AZZ Marketing Enterprise ingin membayar balik  modal penuh kepada pemilik pakej. Tindakan  di mahkamah hanya akan merugikan pemilik pakej kerana pemilik pakej hanya akan di bayar jumlah kerugian keatas modal yang di alami selepas di tolak terlebih dahulu dengan semua hasil yang telah di perolehi berdasarkan kes tuntutan hutang di mahkamah ( sepertimana yang telah di alami oleh syarikat2 lain yang mengamalkan sistem skim yang telah di arahkan tutup @ di bekukan oleh kerajaan ) dan ini juga akan memakan masa dan kos guaman yang tinggi untuk di selesaikan.

Kerjasama daripada semua pemilik pakej dapat membantu AZZ Marketing Enterprise membayar modal penuh pemilik pakej secepat mungkin dan dapat memastikan pemilik pakej tidak mengalami kerugian keatas modal pelaburan.