Friday 10 June 2011

KAEDAH PEMBAYARAN BALIK MODAL

Salam kepada semua pemilik AZZ Marketing Enterprise...semoga di rahmati

Pihak Pengarah Urusan AZZ Marketing Enterprise buat masa ini sedang berusaha menguruskan proses gadaian dan pinjaman daripada institusi kewangan dan di harap ia nya tidak mengambil masa yang terlalu lama atau terpaksa menghadapi syarat2 yang terlalu ketat yang di kenakan oleh pihak bank.

Sekira nya permohonan di atas di luluskan maka kaedah pembayaran modal kepada pemilik pakej akan di lakukan melalui cara pengeluaran BANK DRAFT yang akan di keluarkan di atas nama pemilik atau pewaris terdekat dan senarai nama penerima akan di paparkan di dalam blog ini sebaik sahaja pinjaman bank yang di pohon oleh Pengarah Urusan AZZ Marketing Enterprise di luluskan.


Sekira nya jumlah gadaian atau pinjaman yang di perolehi oleh AZZ Marketing Enterprise TIDAK MENCUKUPI untuk membayar balik jumlah MODAL pemilik maka baki modal yang belum di bayar akan di anggap sebagai HUTANG pihak syarikat dengan pemilik dan akan di selesaikan secara beransur-ansur kepada pemilik sehingga keseluruhan modal pemilik dijelaskan sepenuh nya.

Status permohonan dan kelulusan gadaian serta pinjaman bank akan di maklumkan dari semasa ke semasa di dalam blog ini.

Sekian di maklumkan ... terima kasih