Friday 17 June 2011

SOALAN2 YANG LAZIM DI TANYA.

1  Apakah status AZZ Marketing Enterprise pada masa sekarang ?

Sehubungan dengan pemberian lesen Skim Kepentingan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia kepada AZZ Marketing Bhd maka pihak Suruhanjaya telah mengarahkan supaya AZZ Marketing Enterprise di bubarkan dan SEMUA kontrak yang ditandatangi diantara pemilik dan AZZ Marketing Enterprise sebelum ini di TAMATKAN DAN DI BATALKAN SEBELUM 30HB SEPT 2011. Penamatan kontrak telah di umumkan secara rasmi oleh En Abdul Khairil Ridzuan Firdaus selaku CEO AZZ Marketing Enterprise pada majlis perjumpaan dengan pemilik pada 4hb June 2011 bertempat di Ballroom Hotel New Pacific, Kota Bharu.

2  Bagaimana kedudukan modal dan hasil pemilik AZZ Marketing Enterprise ?

Oleh kerana kontrak diantara AZZ Marketing Enterprise dengan Pemilik telah di tamatkan maka pihak AZZ Marketing Enterprise telah memutuskan untuk membayar balik modal asal pemilik ( sebanyak 100% ) dan pihak AZZ Marketing Enterprise TIDAK LAGI AKAN MEMBAYAR SEMUA HASIL TERTUNGGAK ATAU HASIL AKAN DATANG kepada pemilik.
Hasil yang pemilik telah perolehi pada masa lalu TIDAK akan di potong daripada jumlah modal pemilik. Itu di kira REZEKI atau keuntungan pemilik.

3  Bagaimana modal akan di bayar dan bila?

Oleh kerana pemilik telah membeli pakej perternakan ikan keli daripada AZZ Marketing Enterprise iaitu merangkumi pembelian medium peliharaan ( sangkar, pukat, tong, kolam ) maka pihak AZZ Marketing telah menggunakan wang pembelian pakej untuk menyediakan medium peliharaan tersebut.Untuk membayar balik modal pemilik maka aset2 ini hendaklah di jual terlebih dahulu. Seandainya pihak pemilik mahukan kembali aset mereka ( yang berada di dalam bentuk sangkar, tong, pukat dsbnya ) maka itu adalah hak pemilik untuk berbuat demikian. Pihak AZZ Marketing Enterprise pula terpaksa menjual aset2 tersebut untuk mendapatkan kembali duit pemilik ( untuk di agihkan kembali kepada pemilik ) dan untuk mendapatkan harga terbaik bagi penjualan tersebut hanyalah melalui penjualan kepada AZZ Marketing Bhd.

AZZ Marketing Bhd telah mendapat kelulusan SSM untuk menjual pakej Skim Raja Keli dan untuk setiap unit pakej ( bernilai RM 1,600.00 ) telah ada peruntukan sebanyak RM 1,160 untuk kos pembelian medium peliharaan ikan keli di mana wang ini akan di bayar kepada AZZ Marketing Enterprise. Daripada pengumpulan dana ini maka AZZ Marketing Enterprise akan mengagihkan nya kepada pemilik dalam bentuk pembayaran balik modal. Akibat dari penjualan aset yang tidak dapat di lakukan secara sekali gus ( AZZ Marketing Bhd tidak dapat menjual pakej Skim Ikan Keli secara sekaligus ) maka pengagihan modal kepada pemilik pakej AZZ Marketing terpaksa di buat secara berperingkat.

Selain daripada cara di atas pihak AZZ Marketing Enterprise juga akan membuat penjualan aset dan gadaian aset untuk mendapat pinjaman daripada pihak bank .

Bila modal pemilik dapat di berikan adalah BERGANTUNG KEPADA PERKARA2 YANG TELAH DI SEBUTKAN DI ATAS. Semestinya ia akan mengambil masa kerana proses tersebut tidak boleh di buat dalam jangkawaktu yang singkat. Yang penting di sini pihak AZZ Marketing Enterprise TETAP AKAN MEMBAYAR BALIK MODAL PEMILIK WALAUPUN TERPAKSA MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK DI SELESAIKAN BAK KATA ULAMA HUTANG WAJIB DI BAYAR WALAUPUN TIDAK DI TUNTUT.


4  Bagaimana Kesinambungan perniagaan AZZ Marketing Sekarang ini ?

AZZ Marketing sekarang beroperasi di atas kapasiti AZZ Marketing Bhd yang mempunyai pejabat berdaftar di Tingkat 1, Wisma Sapura, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu Kelantan.

Syarikat ini di miliki oleh 2 orang Pengarah iaitu En Abdul Khairil Ridzuan Firdaus ( 90 % ) dan En Ab khairul Hisham Firdaus ( 10 % ) dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta. AZZ Marketing Bhd telah di beri lesen di bawah Skim Kepentingan untuk menjual pakej Skim Raja Keli kepada orang ramai. Kawasan penternakan ikan adalah seluas 10 ekar di Pasir Mas ( boleh lihat prospektus di dalam http://www.azz4u.com utk details ) dan jumlah pakej yang boleh di tawarkan adalah sebanyak 7,000 unit pakej dengan harga setiap unit RM 1,600.00.

Pihak pengurusan AZZ Marketing Bhd juga telah mengemukan permohonan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menganjurkan Skim Raja Talapia di tapak seluas 10.5 ekar di Perak ( Sila lihat surat permohonan yang di serahkan kepada SSM di http://www.azz4u.com ) Akan ada banyak lagi Skim yang akan di perkenalkan oleh AZZ Marketing Bhd pada masa akan datang. Kedudukan AZZ Marketing Bhd adalah stabil dan tidak ada apa2 yang perlu digusarkan.


5  Apa yang pemilik harus lakukan untuk pakej lama ?

Ramai pemilik yang agak kelam kabut bila AZZ Marketing Enterprise di landa badai. Tambah2 lagi banyak propanganda dan hasutan serta finah yang sengaja di lemparkan oleh orang2 yang amat tidak bertanggung jawab di dalam laman web Facebook, forum, topix dan blog2 persendirian.

Ingin saya nyatakan disini bahawa kenyataan dan fakta yang di muatkan di dalam  blog rasmi ini sahaja yang pemilik perlu ambil perhatian dan tindakan.

Apa yang berlaku kepada AZZ Marketing Enterprise sebenarnya hanyalah kerana pihak pengurusan AZZ Marketing Enterprise akur kepada kehendak undang2 kerajaan Malaysia yang memberi kuasa kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mengendalikan nya. Ini terpaksa di buat kerana pihak pengurusan ingin menjadikan perniagaan skim raja keli dapat terus bertapak di persada perniagaan keli untuk waktu yang selama mungkin tanpa ada ganggu gugat daripada pihak berkuasa. Jadi cara nya hanyalah dengan memohon lesen di bawah skim kepentingan SSM. Bagi SSM hanya syarikat bertaraf BERHAD sahaja yang layak di pertimbangkan lesen tersebut. Tidak ada sebab kenapa Suruhanjaya Syarikat Malaysia ingin membenarkan AZZ Marketing Enterprise ( Syarikat milik persendirian ) terus menjalankan perniagaan kerana lesen telah di berikan ( dan di luluskan ) kepada AZZ Marketing Bhd.

Dengan keadaan ini maka AZZ Marketing Enterprise diarahkan di tutup oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan semua kontrak secara otomatik terpaksa di batalkan.

Sebagai imbuhan pihak AZZ Marketing Enterprise akan memulangkan balik 100 % modal pemilik lama ( AZZ Marketing Enterprise ) tetapi pengumpulan balik modal pemilik akan mengambil masa dan kos.

Pemilik lama tidak perlu bimbang berkenaan dengan status modal mereka di dalam AZZ Marketing Enterprise kerana semua data pemilik bersama2 dengan jumlah modal ada tersimpan rapi di dalam sistem komputer di AZZ Marketing Enterprise. Para pemilik tidak perlu datang ke pejabat untuk membuat semakan dsb nya kalau pemilik tidak berkesempatan untuk berbuat demikian kecuali lah jika pemilik lama ingin mengambil borang permohonan untuk pembelian pakej BHD . Pihak AZZ Marketing Enterprise akan menghubungi mereka bila sampai masa mereka di bayar balik modal oleh pihak pengurusan.

Pemilik lama juga di nasihatkan agar tidak membuat sebaran berita negatif , membangkitkan isu2 sensitif , mengadakan perhimpunan haram , melakukan aktiviti ugutan dan mengganggu urusan pejabat dan kakitangan AZZ Marketing Enterprise. Semua ini akan menjejaskan segala perancangan pihak pengurusan AZZ untuk membayar balik modal pemilik secara teratur dan tersusun mengikut UNDANG-UNDANG.
Ingin dinyatakan di sini bahawa apa yang AZZ Marketing Enterprise lakukan setakad ini adalah BERLANDASKAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA .




6  Saya adalah pemilik pakej AZZ Marketing Enterprise. Saya bercadang hendak membeli pakej AZZ Marketing Bhd yang berharga RM1,600 seunit.  Boleh kah saya tukar pakej lama saya tanpa membayar duit kepada 
AZZ Marketing Bhd ?

Harga pakej AZZ Marketing Bhd ialah sebanyak RM 1,600 seunit merangkumi:

Kos Tempat pemeliharaan ikan untuk 2 tahun 
( Sangkar, pukat, tong, kolam dsb nya )                                       RM 1,160.00
Kos untuk 800 ekor benih keli separa matang                             RM      80.00
Kos makanan ikan bagi satu pusingan                                         RM     200.00
Bayaran kepada Pemegang Amanah ( Dana Terikat )                RM    160.00 ( 10 % )

Oleh kerana pihak AZZ Marketing Bhd terpaksa menyediakan wang untuk membayar kos benih, makanan ikan, bayaran kepada pemegang amanah dan kos operasi AZZ Marketing Bhd maka pihak syarikat tidak dapat menukar pakej lama kepada pakej Bhd tanpa bayaran. Pemilik lama hanya perlu membayar RM 800 kepada AZZ Marketing Bhd manakala baki RM 800 akan di tolak daripada modal asal pemilik ( pakej AZZ Marketing Enterprise ). Pemilik pakej Bhd akan menikmati hasil setiap 3 bulan dari tarikh pengesahan pembelian pakej selama 8 pusingan ( 2 tahun )