Sunday 19 June 2011

KENYATAAN POLIS KELANTAN

Berikut ada lah kenyatan daripada Pegawai Polis Kelantan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil berdasarkan perjumpaan dengan wakil AZZ Marketing Enterprise pada 16hb June 2011 di IPK Kelantan.

Pihak polis Kelantan membenarkan AZZ Marketing Enterprise menyelesaikan masaalah melibatkan pemilik pakej sepertimana yang di persetujui semasa perjumpaan antara Pengarah Urusan AZZ Marketing Enterprise bersama pemilik pakej di Hotel New Pacific pada 4hb June 2011. Pada pertemuan tersebut pihak AZZ Marketing Enterprise telah memberikan salinan surat perjanjian yang di tandatangani pada 4hb June 2011 dan prospektus Skim Raja Keli AZZ Marketing Bhd untuk simpanan dan rujukan pihak polis Kelantan.

Perjumpaan ini di buat bagi menerangkan secara terperinci masaalah yang berlaku keatas AZZ Marketing Enterprise dan persetujuan yang telah di capai berdasarkan perjumpaan pada 4hb June 2011. Ia nya juga untuk melengkapkan keterangan keatas siasatan polis hasil daripada laporan yang di buat oleh pemilik pakej keatas AZZ Marketing Enterprise.

Sekian di maklumkan