Monday 6 June 2011

SURAT TAWARAN KOMPAUN DRP SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA


Surat tawaran kompaun kepada Pengarah Urusan Azz Marketing Ent ( BUKAN AZZ MARKETING BHD ) En Abd Khairil Ridzuan Firdaus yang di dapati bersalah menawarkan pakej ikan keli kepada orang ramai tanpa terlebih dahulu mendaftarkan pakej ikan keli di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
















Abdul Khairil Ridzuan Firdaus Selaku Pengarah Urusan AZZ Marketing Ent mengaku bersalah dan membayar kompaun atas kesalahan di atas kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Pembayaran di buat untuk mengelakkan AZZ Marketing Ent daripada di dakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. dan UNTUK MENYELAMATKAN MODAL PEMILIK PAKEJ DARIPADA DI BEKUKAN OLEH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA


Setelah membayar kompaun pihak azz marketing enterprise telah memohon untuk terus menjual pakej kepada pemilik baru sehingga mendapat kelulusan dasar skim Raja Keli daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Kelulusan dasar telah di luluskan sekitar bulan Dec 2010.


Mulai akhir Dec 2010 pihak AZZ Marketing Enterprise hanya membuat penukaran pakej 4 bulan kepada pakej 3 bulan dan penjualan unit pakej baru tidak lagi di tawarkan kepada orang ramai melainkan sekira nya ada pemilik lama ingin menarik diri. 


Pengantian nama pemilik di tamat kan pada 31hb March 2011 dan selepas tarikh itu tiada sebarang urusan berkenaan pakej keli di buat.


Akhir nya pada 26hb April 2011  pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia. telah meluluskan Skim Raja Keli yang di pohon oleh AZZ MARKETING BHD. Pendaftaran prospektus telah di buat dan di luluskan pada 6 hb May 2011. Pada 7 hb June 2011 satu majlis pelancaran Skim Raja Keli di bawah pengurusan AZZ Marketing Bhd telah di buat di pejabat berdaftar iaitu di Tingkat 1 , Wisma Sapura, Kota Bharu.

Sehubungan dengan ini pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah mengarahkan membuat penamatan kontrak semua pakej lama yang di jual oleh AZZ Marketing Enterprise sebelum Sept 2011.


Pada 4 hb Jun 2011 pihak AZZ Marketing Enterprise telah membuat perjumpaan dengan pemilik di Hotel New Pacific, Kota Bharu untuk menamatkan kontrak pemilikan skim keli AZZ Marketing Enterprise secara rasmi   dan Pengarah Urusan AZZ Marketing Enterprise telah bersetuju dengan permintaan pemilik untuk membayar balik modal pemilik sepenuh nya mengikut kemampuan syarikat secara memindah milik  harta AZZ Marketing Enterprise kepada AZZ Marketing Bhd dan seterusnya menggadaikan harta tersebut kepada mana-mana institusi kewangan di Malaysia, membuat pinjaman dengan mana2 instituisi kewangan di malaysia dan menjual pakej AZZ Marketing Bhd ( @ RM 1,600 ) untuk mendapat balik modal yang telah di gunakan oleh AZZ Marketing Enterprise untuk membuat kolam, sangkar, bangunan, menbeli kenderaan dsb nya di dalam usaha AZZ Marketing Enterprise menjalankan penternakan ikan keli sebelum ini.
Ini juga bermakna semua hasil tertunggak tidak lagi akan di bayar oleh AZZ Marketing Enterprise