Sunday 19 June 2011

LAPORAN AKHBAR DAN LAMAN WEB SSM

Salam semua...

Berikut di siarkan laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai Skim Raja Keli anjuran AZZ Marketing Bhd

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_06.htm

dan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_07.htm


Berikut adalah laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia  mengenai syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia berkaitan dengan lesen Skim Kepentingan.

Skim Raja Keli berada di dalam kategori KONGSITANI


SILA KLIK:

http://www.ssm.com.my/media/perkhidmatan/SenaraiSkimKepentingan.pdf

PEMEGANG AMANAH

MyPremier Trustee Bhd telah di lantik oleh AZZ MARKETING BHD untuk menjadi pemegang amanah bagi Skim Raja Keli anjuran AZZ Marketing Bhd . Tujuan perlantikan ini adalah untuk memastikan pelaburan yang di buat di dalam AZZ Marketing Bhd di lindungi . 10 % DARIPADA NILAIAN PAKEJ SKIM RAJA KELI 
( RM 160.00 ) AKAN DI SALURKAN KEDALAM AKAUN 
MYPREMIER TRUSTEE BHD.



Untuk keterangan lanjut sila klik link dibawah:





2
June 15, 2011

PENGUMUMAN: SKIM "RAJA KELI"

Adalah dimaklumkan bahawa MY Premier Trustee (Malaysia) Berhad telah dilantik sebagai Pemegang Amanah oleh AZZ MARKETING BERHAD bagi tujuanSkim "Raja Keli" yang telah diberi kelulusan di bawah Prospektus yang bertarikh 06 May, 2011.
Kami juga ingin memaklumkan bahawa KAMI BUKAN Pemegang Amanah bagi produk AZZ MARKETING ENTERPRISE yang merupakan entiti yang berbeza. Ia juga, tidak merupakan skim yang berdaftar dan tidak mempunyai kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Oleh demikian, kami tidak mempunyai bidang kuasa atau bertanggungjawab terhadap pemilik pakej AZZ MARKETING ENTERPRISE.
Walau bagaimanapun, pemilik-pemilik pakej AZZ MARKETING ENTERPRISE boleh mengunjungi laman web di bawah untuk mendapatkan maklumat selanjutnya:
Kesatuan Pemilik Pakej AZZ Marketing Enterprise (http://www.kppazzmarketing.blogspot.com)
PENGUMUMAN INI DI BUAT OLEH MyPremier Trustee di laman web dibawah:



Kenyataan daripada Bank Negara Dan Tribunal Pengguna berkenaan AZZ Marketing Enterprise


KENYATAAN BANK NEGARA MALAYSIA


Kami ingin memaklumkan bahawa syarikat AZZ Marketing bukanlah sebuah syarikat di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia tetapi di bawah pengawalseliaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tuan adalah dinasihatkan untuk membuat pertanyaan mengenai AZZ Marketing ke pihak SSM. SSM boleh dihubungi di alamat berikut:-
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Menara SSM @ Sentral
No. 7, Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur.
Tel : 03-22994400
Hotline : 03-22995500
Sumber maklumat melalui maklumbalas email daripada Pegawai Bank Negara Malaysia bertarikh 1 Jun 2011.


KENYATAAN TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

Secara umumnya, pengguna yang tidak berpuas hati dengan pembekal barangan atau perkhidmatan boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna. Walaubagaimana pun dalam Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599]; " pengguna" ditakrifkan sebagai seorang yang memperoleh atau menggunakan barangan atau perkhidmatan bagi maksud kegunaan sendiri, keluarga atau rumah tangga. dan "barang" pula ditafsirkan antara lain tidak termasuk syer, debentur dan wang .

3. Sehubungan dengan itu, berdasarkan produk pelaburan dalam AZZ Marketing  adalah termasuk di bawah syer, debentur dan wang dan ianya bukan dibawah bidangkuasa Tribunal.

Sukacita jika tuan ada apa-apa pertanyaan , sila hubungi saya ditalian d/l 09 7416068 atau main line 09 7416000.
FAKHARIAH BT HAMZAH 
Penolong Setiausaha
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
Kelantan.
fakhariah@kpdnkk.gov.my
Sumber maklumat melalui maklumbalas email daripada Pegawai Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia bertarikh 1 Jun 2011.





Video menunjukkan aktiviti mengred ikan keli oleh pekerja AZZ Marketing Bhd di Tapak Penternakan Banggol Petaling, Pasir Mas




Terima Kasih