Monday 6 June 2011

TAWARAN MENARIK PEMBELIAN PAKEJ SKIM RAJA KELI KEPADA PEMILIK LAMA SAHAJA

Untuk pemilik lama ( AZZ Marketing Enterprise ) sekira nya anda berminat untuk menyertai pakej Skim Kepentingan Raja Keli AZZ MARKETING BHD anda di tawarkan cara pembayaran seperti berikut demi untuk mengurangkan beban yang terpaksa di tanggung oleh pemilik lama dan untuk memastikan pemilik lama dapat menikmati hasil Skim Raja Keli anjuran AZZ Marketing Bhd pada kadar segera.

Harga untuk satu unit pakej Skim Raja Keli yang di luluskan oleh SSM adalah RM 1,600.00

Pecahan harga pakej di atas adalah seperti berikut:

Kos penggunaan sangkar, pukat, tong dan lain2 yang bersangkutan dengan
medium pemeliharaan ikan untuk kegunaan selama 2 tahun  RM 1,160.00
( Jumlah ini akan di bayar kepada AZZ Marketing Enterprise )
                                                                             
Pembelian benih ikan keli separa matang ( 800 ekor )       RM 80.00
Pembelian makanan ikan untuk 3 bulan                             RM 200.00
Dana Terikat ( Pemegang Amanah )                                 RM 160.00
Jumlah                                                                           RM 1,600.00

Pemilik lama hanya perlu membayar RM 800 secara tunai @ di bank - in kepada AZZ Marketing Bhd manakala baki RM 800 akan di top up oleh AZZ Marketing Enterprise dengan mengambil dana daripada modal pakej keli lama ( anjuran AZZ Marketing Enterprise ) **

Pemilik lama boleh membeli lebih daripada satu unit pakej tetapi setiap pakej di kehendaki mengisi 1 borang permohonan dan pembayaran sebanyak RM 800 ( untuk setiap unit Pakej Skim Raja Keli
anjuran AZZ Marketing Bhd  yang dibeli ) dijelaskan kepada AZZ Marketing Bhd secara tunai atau di bank - in ke akaun AZZ Marketing Bhd 


PROSPEKTUS SKIM KEPENTINGAN RAJA KELI

SILA KLIK GAMBAR




Contoh Borang Permohonan Untuk Skim Raja Keli

Contoh Borang ~ bahagian depan
Contoh Terma dan Syarat Skim Raja Keli di bahagian belakang Borang  Permohonan

Setiap unit pakej yang di beli akan di beri satu sijil ahli skim dalam masa  60 hari daripada tarikh pengesahan pembelian.

Contoh Sijil Ahli Skim Raja Keli


AZZ Marketing Bhd telah melantik MyPremier Trustee Bhd sebagai Pemegang Amanah Skim Raja Keli dan perlantikan ini telah di luluskan oleh YB Menteri sepertimana surat di bawah:




Pemilik Skim Raja Keli akan di bayar hasil setiap 3 bulan selama 8 pusingan ( 2 Tahun ) dan jumlah hasil adalah bergantung kepada harga borong ikan keli yang akan ditentukan oleh perunding bebas iaitu KRIS OCEAN AQUATIC SDN BHD ( di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan ). Di jangka setiap pusingan akan mendatangkan hasil sebanyak RM 300 (diandaikan harga borong ikan keli RM 2.90 sekilo ) *

Selepas tamat 8 pusingan ahli skim yang masih ingin meneruskan pelaburan di kehendaki membayar sejumlah RM 1,600.00 kepada AZZ Marketing Bhd dan satu sijil ahli skim yang baru akan di keluarkan kepada pelabur.

Tawaran ini di beri kerana pihak syarikat ingin membayar balik modal pemilik lama dengan segera di samping dapat mengerakkan dan merancakkan aktiviti jualan pakej unit Skim Raja Keli yang telah di lulus kan oleh SSM.



Tidak ada paksaan di dalam tawaran ini .



ATAS PERMINTAAN PEMILIK AZZ MARKETING ENTERPRISE TAWARAN INI AKAN DI BUKA SEHINGGA PINJAMAN YANG DI POHON OLEH AZZ MARKETING BHD DI LULUSKAN OLEH KEMENTERIAN KEWANGAN




PERHATIAN...


Selepas pinjaman di luluskan sesiapa yang ingin membeli unit pakej Raja Keli di kehendaki membayar harga penuh @ RM 1,600 




Mana mana pemilik yang berminat dengan tawaran ini sila SMS 
nama dan alamat serta nombor kad pemilk lama kepada 016-9223073  ( pegawai Pemasaran AZZ Marketing Bhd ) dan 
nyatakan jumlah pakej yang ingin di beli. 

Satu borang untuk satu unit pakej. 
Pihak syarikat akan menghantar borang permohonan kealamat masing-masing.

PEMOHON DIKEHENDAKI MEMBACA DAHULU PROSPEKTUS YANG BOLEH DI DAPATI DILAMAN WEB RASMI AZZ MARKETING BHD


( http://www.azz4u.com/v1sebelum membuat keputusan membeli unit pakej Skim Raja Keli.

**
Contoh 1


Harga satu unit Pakej Raja Keli  AZZ Marketing Bhd ialah RM 1,600.00


Pemilik mempunyai modal asal RM 1,300 di dalam AZZ Marketing Enterprise

Pemilik lama ( AZZ Marketing Enterprise ) ingin membeli 1 unit pakej Skim Raja Keli anjuran AZZ Marketing Bhd bernilai RM 1,600


Pemilik perlu bayar RM 800 tunai atau bank - in kepada AZZ Marketing Bhd
Baki RM 800 yang sepatutnya di bayar kepada AZZ Marketing Bhd akan di tolak daripada modal asal RM 1300 ( nilai modal pakej AZZ Marketing Enterprise )
Beliau akan memperolehi hasil sebanyak RM 300 * setiap 3 bulan sebanyak 8 pusingan.

Modal pemilik masih berbaki RM 500 yang akan di bayar oleh AZZ Marketing Enterprise mengikut persetujuan yang telah di capai pada perjumpaan 4hb June 2011 dan seandainya nilai gadaian tidak mencukupi maka apa sahaja baki akan di bayar secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan syarikat ( Instalment @ ansuran ) sehingga selesai ( jangka masa tidak di tetapkan )

Contoh 2 :

Pemilik mempunyai modal asal RM 2600 didalam AZZ Marketing Enterprise

Pemilik lama ( AZZ Marketing Enterprise ) ingin membeli 2 unit pakej Skim Raja Keli anjuran AZZ Marketing Bhd bernilai RM 3,200


Beliau hanya perlu membayar secara tunai atau bank - in RM 1,600 kepada AZZ Marketing Bhd


Baki modal asal sekarang sudah menjadi RM 1,000

( RM2,600 - RM 1,600 ) di mana baki ini akan di jelaskan oleh AZZ Marketing Enterprise secara berperingkat ( beransur2 ) pada waktu yang akan di tetapkan nanti.
Hasil yang akan di perolehi oleh beliau ialah sebanyak RM 600 * setiap 3 bulan sekali sebanyak 8 pusingan

Contoh 3 :

Pemilik mempunyai modal asal RM 13,000 didalam AZZ Marketing Enterprise

Pemilik lama ( AZZ Marketing Enterprise ) ingin membeli 10 unit pakej Skim Raja Keli anjuran AZZ Marketing Bhd bernilai RM 16,000


Beliau hanya perlu membayar secara tunai atau bank - in RM 8,000 kepada AZZ Marketing Bhd


Baki modal asal beliau sekarang sudah menjadi RM 5,000

( RM 13,000 - RM 8,000 ) dan jumlah baki ini akan di bayar oleh AZZ Marketing Enterprise secara beransur sehingga selesai.
Beliau akan menikmati hasil sebanyak RM 3,000 * setiap 3 bulan sebanyak 8 pusingan.

* Jumlah hasil sebenar akan di tentukan oleh harga pasaran borong ikan keli yang akan di sahkan oleh Perunding Bebas di bawah kawalan Jabatan Perikanan.

SILA BACA PROSPEKTUS YANG BOLEH DI DAPATI DI http://www.azz4u.com/v1 untuk contoh pengiraan hasil.


Sekian di maklumkan...terima kasih