Saturday 18 June 2011

TRANSFOMASI AZZ MARKETING BHD ~ Perkembangan dan penambahan modal

Untuk makluman semua pemilik AZZ Marketing Enterprise....

Nilaian kasar unit saham AZZ marketing Bhd semasa ditubuhkan adalah sebanyak 1 juta saham yang bernilai RM 1 sesaham. Dengan itu nilai nya adalah RM 1 Juta.

Nilaian kasar unit saham AZZ Marketing Bhd sekarang selepas pengambialihan aset AZZ Marketing Enterprise dan kelulusan pendaftaran Skim Raja Keli dan Skim Raja Talapia ( di dalam proses kelulusan ) akan meningkat melebihi 50 juta saham bernilai RM 1 sesaham.

Peningkatan ini di sebabkan oleh 3 perkara pokok:

1  Nilaian aset yang di pindah milik daripada AZZ Marketing Enterprise kepada AZZ Marketing Bhd adalah melebihi RM 30 Juta


2  Nilaian Skim Raja Keli berdasarkan Surat Ikatan Amanah adalah RM 32 Juta 
( RM 16 Juta setiap 2 tahun )


3  Nilaian Skim Raja Talapia berdasarkan tempoh skim yang di daftarkan iaitu 20 tahun adalah RM 480 Juta
( RM 48 Juta setiap 2 tahun ).

Tujuan maklumat ini di berikan adalah kerana untuk memaklumkan kepada pemilik AZZ Marketing Enterprise bahawa mereka tidak perlu gusar tentang modal mereka ( walaupun masih belum di bayar oleh pihak pengurusan ). Pihak pengurusan tetap akan melangsaikan modal pemilik walaupun proses ini memakan masa.

Terima Kasih